Tamatkan Langganan YES.

Memandangkan aku sudah mulakan langganan webe broadband maka untuk penjimatan komitmen bulanan maka kenalah tamatkan mana-mana langganan yang perlu iaitu YES yang telah tamat tempoh kontrak wajib 2 tahun bulan Februari lepas.


Yes boleh menerima pelanggan baharu melalui mana-mana agen mereka tapi untuk menamatkan langganan kena ke lokasi yang tertentu dan terhad jumlahnya. Seperti aku yang berada di Mentakab lokasi Yes yang boleh menamatkan akaun adalah di Kuantan yang jaraknya 2 jam perjalanan.

Aku ada buat pertanyaan melalui Twitter Yes di @Yes4G jika lokasi jauh bagaimana dan mereka suruh email untuk dapatkan maklumat lanjut.

Pihak Yes sertakan borang penamatan akaun melalui email tersebut dan minta aku isi dan sertakan bersama salinan kad pengenalan untuk proses. Selebihnya kita tengok ada masalah berbangkit lain atau tidak.

Biasalah waktu mula langganan semuanya indah belaka, bila nak tarik diri ada saja benda nak diungkitnya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. 10/04/2017

    […] Semoga penamatan akaun YES ini memberikan lebih sinar dalam akaun bank aku… #eh. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *