WhatsApp Tanpa Perlu Simpan Nombor Telefon Terlebih Dahulu.

Semalam aku ada kongsikan link PMsini yang membolehkan anda memulakan WhatsApp ke nombor yang dimasukkan tanpa perlu menyimpan terlebih dahulu nombor tersebut di dalam smartphone anda. PMsini ini dimiliki oleh Encik Rusdy Ahmad yang merupakan pengaturcara web hebat.

Sebelum ini agak popular penggunaan WASAP.my dan kini ada PMsini pula sebagai pilihan lain.

Pagi ini aku dikongsikan pula satu tips menarik dari Encik Edwin Masripan pengaturcara web Laman7 untuk set subdomain untuk dijadikan seperti penggunaan Wasap.my dan PMsini itu. Hanya perlu redirect subdomain yang diingini ke url ini https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789 gantikan nombor tersebut dengan nombor whatsapp anda.

Aku pun dah cuba setkan subdomain http://wasap.ejam.my dan http://wasap.ejamothman.com akan terus membolehkan anda ber-whatsapp denganku.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. yanmie says:

    Tq ej, yan baru buat tadi 😀

  2. Wan Zawawi says:

    Terima kasih bro , nanti boleh cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *