Bila Label Produk Tidak Mesra Kamera.

Hujung minggu yang lalu kami pulang ke Melaka, bila ada orang mengidam Coconut Shake maka kenalah pergi Klebang untuk turut sama beratur beramai-ramai bungkus bawa balik. Macam biasa kalau dah suka share gambar di IG maka kenalah snap, apa yang aku perasan label di bekas minuman ini jenis panjang melintang dan tidak boleh muat dalam sekali petik gambar.

Terfikir juga aku suatu kerugian bagi pemilik apa-apa produk sekali pun kalau mereka terlepas pandang aspek penting ini iaitu “cantik diambil gambar”. Jenama yang top pun kalau tidak jelas dalam perkongsian maklumat di media sosial pun boleh kehilangan tahap pendedahan umumnya.

Dengan 3 keping gambar barulah label produk Klebang Coconut Shake mampu dibaca dengan jelas. Semoga mereka dapat khidmat nasihat pereka logo dan jenama produk yang baru ataupun yang lebih terdedah dengan kebergantungan trend semasa yang terdedah kepada penggunaan media sosial.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Ibu Zaid says:

    Rupa rupanya ada juga faktor ni kena ambil kira masa design

  2. reezluv says:

    bese le..fikir asal cantik je..tapi tak fikir untuk 10 tahun akan datang adakah relevan dan relevan untuk semua keadaan dan bentuk..buat memang senang…nak jadikan logo yang baik tu belum tentu senang

    • Ejam Othman says:

      kalau ada pereka grafik atau penasihat jenama yang boleh masuk “line” mereka bagus juga bantu perbaiki kekurangan yang ada.

      bisnes ini hebat juga sebab bayar GST kepada kastam jadi faham-faham ler betapa masyuknya mereka…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *