Meriah Sumbangan Kek Di Hari Guru.

Penuh meja bulat pagi tadi dengan aneka kek, ada yang disumbangkan individu, institusi pendidikan dan juga kelab guru sekolah ini. Upacara potong kek pagi tadi selain untuk Hari Guru turut diselitkan bersama upacara potong kek bagi mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran bagi bulam April, Mei dan Jun.


Sebaik sahaja kotak-kotak kek tersebut sampai ke belakang dewan untuk dijamu oleh guru-guru maka kamilah team yang bertanggungjawab memastikan majlis makan-makan berjalan lancar. 


Kek yang berketul-ketul itu kami potong comel-comel biar semua boleh merasa, sambil memotong sambil merasa…nyum nyum itulah seronoknya jadi team hidangan jamuan…hehe.

Terima kasih kepada mereka yang beri kek-kek sedap lemak manis ini semua, lain kali bagilah lagi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Ikhwan says:

    Nampak comel dan sedap sampai nak makan pun rasa sayang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *