Som Tam di Selera Timur Tom Yam Temerloh Sedap.

Petang semalam kami makan malam di Restoran Selera Timur Tom Yam yang terletak bersebelahan TMG Mall Temerloh. Dalam hidangan yang dipilih isteriku pesan Som Tam untuk dicuba sebab pada mulanya nak makan di kedai lain tapi kedai itu tutup pula.

Dari Mentakab menuju ke Temerloh dan memang niat nak tuju ke kedai makan ini sahaja dan tiada pilihan lain dalam rancangan. Sampai sahaja terus terpukau dengan warna kedai ini yang telah berubah, nampak sangat dah lama tak makan-makan di Temerloh.

Air dan makanan boleh kata cepat juga sampainya walaupun waktu tersebut pelanggan dah mula ramai datang, aku syak tukang masak mereka ramai tu yang cepat siap.

Berbalik kepada cerita Som Tam, setelah rasa kami sepakat mengatakan ianya sedap dan cukup rasa sampaikan rasa tak cukup pula nak meratah begitu sahaja. 

Lain kali kita datang lagi untuk makan Som Tam sahaja…eh.

Bila dah jumpa kedai makan sedap begini bolehlah datang lagi. Ayam goreng kunyitnya garing dan cukup rasa, sup tulangnya sedap tapi sup pula sikit tak puas nak hirup.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *