Alhamdulillah Dapat Duit Raya dari Seminit Resepi.

Alhamdulillah syukur rezeki dari-Nya, balik dari rumah terbuka bos isteri di Jerantut dapat mesej di Facebook yang mana aku terpilih sebagai salah seorang dari insan-insan bertuah menang duit raya dari Seminit Resepi. Ketika gaji masih lambat lagi nak masuk dapat rezeki RM50.00 sudah cukup banyak rasanya.

Peraduan Subscribe dan Menang anjuran Seminit Resepi ini adalah untuk saluran Youtube mereka yang mana sangat meriah dengan video pelbagai jenis resepi yang pasti mengiurkan, mana tidaknya kualiti video yang dihasilkan betul-betul kelihatan lazat.

Kepada pencinta makanan dan suka memasak silalah langgan saluran Youtube mereka untuk memberi mereka lebih semangat dalam penghasilan video resepi yang lebih banyak lagi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. reezluv says:

    tahniah..jarang plak aku masuk page page gini..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *