Apa Yang Menarik di Yogyakarta Indonesia?

Kredit: Garuda-Indonesia

Negara jiran kita Indonesia memang terkenal dengan pelbagai lokasi yang menjadi tarikan pelancongan. Lokasi-lokasi tersebut memang sering menjadi sebutan rakyat asing yang ingin merasai keunikan negara Asean. Aku tertarik dengan Yogyakarta ini apabila terpukau dengan gambar-gambar menarik di internet. Oh yer pada mulanya aku agak keliru mana satu sebutan yang betul adakah Yogya atau Jogja rupanya ia merujuk bandar yang sama.

Borobudur Temple – Kredit: LonelyPlanet.com

Prambanan temple – Kredit: Indoneo.com

Antara daya tarikan yang menarik di Yogyakarta ialah binaan tinggalan sejarah yang unik serta masih kukuh terpelihara sehingga ke hari ini. Binaan kuil lama yang sering dikunjungi oleh pelancong adalah Borobudur Temple, Prambanan Temple, Sewu Temple, Plaosan Temple, dan Ijo Temple.

Air Terjun Grojogan Sewu – Kredit: Blog.Reservasi.com

Kedung Pedut – Kredit: Yogyes.com

Selain daripada binaan bersejarah terdapat juga tarikan alam semulajadi yang menghijau dan menyegarkan tubuh badan. Bercuti dan berehat dalam dunia kehijauan dapat memulihkan kembali tenaga setelah penat berhadapan dengan pekerjaan mahupun kerjaya. Berendam dalam kesejukan air terjun seperti di Grojogan Sewu, Kedung Pedut, dan Sri Gethuk pasti seronokkan.

Gunung Merapi – Kredit: kisahasalusul.blogspot.com

Tarikan alam semulajadi lain adalah taman-taman serta hutan rekreasi yang tidak kurang menariknya seperti Kalibiru National Park, Gua Jomblang, dan Gunung Merapi.

Tertarik dengan Yogyakarta sahaja tidak cukup tapi bila Traveloka selaku pakar pelancongan di Asia menawarkan diskaun hebat untuk hotel dan penerbangan yang mana berjumlah RM188.00 apabila pembelian dibuat melalui aplikasi Traveloka sahaja. Syarat-syarat untuk mendapatkan diskaun tersebut mestilah diikuti, ini caranya:-

  • Hanya penerbangan ke Yogyakarta (Indonesia) melalui Traveloka App sahaja
  • Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYYOG). Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Nilai minimum tiket penerbangan RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
  • Tempoh tempahan penerbangan dari 28 Julai (Jumaat) – 30 Julai (Ahad)
  • Tempoh tempahan hotel selepas terima email sebaik sahaja pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
  • Tarikh lawatan pada bila-bila masa sahaja.
  • Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi
  • Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15 juta muat turun

Muat turun Aplikasi Traveloka SEKARANG (klik link) dan nikmatilah diskaun hebat yang dinyatakan di atas. Rugi kalau tidak ambil peluang menarik begini.

Kredit: yogyatransportconsultant.wordpress.com

Tiket kapal terbang dah beli, hotel dah tempah tapi kalau dah sampai sana macam mana nak bergerak dari satu tempat ke tempat lainkan. Persoalan begini mungkin merisaukan tapi sebenarnya tidak perlu risau lagi kerana terdapat pelbagai pilihan kemudahan pengangkutan. Antara yang boleh dipertimbangkan adalah teksi, teksi motor, beca, bas atau nak lebih berbaloi dapatkan kenderaan sewa beserta pemandu pelancong.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *