Basuh, Iron dan Jemur.

Baju sekolah anak ada 2 pasang sahaja setiap seorang, yang mana akan dipakai untuk 2 hari pertama sebelum hari ketiga sarung pakaian sukan. Untuk hari keempat dah kena ulang semula jadi akan basuh baju ini pada hari kedua.

Bila dah basuh kenalah gosok semula baju sekolah itu tapi Papa kau punyalah rajin lepas siap basuh akan terus iron baju itu kemudian jemur untuk keringkan bahagian seperti di getah pinggang ataupun kawasan yang tidak berjaya dicapai ketika iron.

Bila esoknya sudah kering tidak perlu fikir nak iron baju dah malam hari sebab angkat dari ampaian sudah sedia untuk disarung oleh mereka esok pagi. Jimat masa dan jimat tenaga…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *