Berbelanja Dengan Kupon Boleh Jimat Banyak.

Pernah tak membeli barang di Lazada Malaysia? Boleh kata sekarang semua orang kenal sangat apa itu Lazada, mana tidaknya iklan jenama tu masuk tv waktu perdana lagi. Kalau ada voucher Lazada lagilah seronok nak shopping online.

Zaman membeli-belah dalam talian sekarang perlu ada teknik, gitu sampai kena belajar…hehe. Voucher dan kupon ini konsepnya sama cuma bunyinya sahaja lain.

Ini aku nak kongsikan lokasi di mana boleh dapat kupon promosi yang aku cakap itu, sila terjah ShopCoupons ini dengan kadar segera dan pastikan ingat sebelum mulakan pembelian buka website itu dulu untuk tengok senarai kupon promosi yang disenaraikan.

Oh ya bukan Lazada sahaja yang ada tetapi banyak lagi antaranya seperti, Shopee Malaysia, Zalora Malaysia, AirAsia, 11street dan banyak lagi. Pergi selongkar untuk cari sekarang.

Jangan risaulah kalau rasa menyusahkan kerana ianya tidaklah sesusah mana, nak jimat duitkan janganlah berkira sangat orang dah tawarkan kemudahan jadi gunalah. Begini caranya, daftarkan dulu akaun di ShopCoupons yang mana boleh guna email ataupun akaun facebook anda.

Bila dah daftar akaun maka anda sudah bersedia untuk merasakan penjimatan yang selama ini tidak diketahui, boleh pergi ke bahagian Categories untuk lihat kategori yang ingin anda ketahui. Aku bagi contoh kategori Online Shopping Mall ini, berderet senarai code dan deal yang boleh digunakan.

Bila klik get code contohnya akan dipaparkan kod promosi untuk penjimatan yang boleh digunakan ketika proses akhir sebelum pembayaran dilakukan. Bila ada duit lebih tu apa lagi bolehlah shopping benda lain pula.

Oh ya sebelum terlupa nak ingatkan anda semak dulu akaun ShopCoupons dan pastikan Top deals of the week dan Code Alert sudah ditick supaya tidak terlepas email maklumat tawaran-tawaran hebat dari mereka, rugi kalau terlepas. Jangan lupa ajak ahli keluarga, kawan-kawan atau kenalan untuk sama-sama daftar akaun di ShopCoupons dan boleh berjimat banyak, jadilah pengguna yang bijak dalam berbelanja.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. titan says:

    dah macam shopbacks dah aku tengok nih.

    haha

    • Ejam Othman says:

      lain sikit kot, yang ini dia terus bagi kita diskaun dan tidak dikumpul pulangan duit macam shopback tu.

      apa yang penting masih lagi boleh berjimat dan menguntungkan kita…itu kata kuncinya…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *