Cuba Digi Prepaid Dulu Sebelum Bertukar.

Ini kisah di bulan puasa yang lepas, oleh kerana ingin mencari broadband yang terbaik untuk kegunaan kami di rumah selepas penggunaan webe mengecewakan sekali maka aku cuba Digi. Sebelum terjebak dengan sesuatu komitmen maka adalah baik cuba try test dulu keupayaannya dulu. Beli simkad digi prepaid pun online sahaja sebab malas nak cari parking di Mentakab. Bagus juga Digi punya polisi penghantaran simkad ini sebab abang GDex memang serahkan ke tangan aku sendiri walaupun biasanya barang dari GDex boleh hantar ke pejabat sekolah sahaja. Jumpa pula abang GDex cari aku di makmal fizik yang jauh kebelakang dan berada di puncak ini.

Bila dah dapat simkad Digi prepaid ini bolehlah cuba kekuatan data 4G di kawasan ini. Aku mulakan dengan data untuk video terlebih dahulu, memang puashati boleh layan video menggunakan apps yang tersenarai. Lepas itu aku cuba langgan data untuk internet biasa pula untuk lihat bacaan Speedtest (sebab ketika langgan data khas untuk video bacaan Speedtest tidak boleh dibuat sedangkan connection ok sahaja, uniknya Digi).

Ini bacaan data Digi prepaid di kawasan rumah kami, lebih baik dari bacaan Yes, Celcom dan webe yang pernah kami gunakan sebelum ini.

Oh ya hampir terlupa pula nak cerita pasal saiz simkad Digi prepaid ini. Dari saiz mini hingga nano boleh digunakan sesuai untuk apa juga smartphone anda jadi tidak perlu pergi kedai untuk potong simkad.

Ujian awal keupayaan data Digi memang memuaskan hati, bukan sahaja di rumah kami di Mentakab malah ketika cuba di Melaka rumah abah pun masih lagi baik bacaan speedtest yang diperolehi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. kyleril says:

    Wahhh boleh cube ni…stakat ni dr dlu pki celcom je

  2. Mus says:

    sy pun ada beli no digi mas abalik kampung.. barulah ada 3g

    • Ejam Othman says:

      pernah dengar liputan digi di kawasan kampung boleh tahan juga, nanti nak cuba di kampung isteri di Kelantan pula nak tengok power ker tidak toyol kuning ni punya kuasa…

  3. Dah try guna Digi tp yg Postpaid punya..mmg best, coverage kat kg pun agak ok la berbanding Hot****..tp skrg dah tukar guna RedOne sbb offer lg best..hehe

  4. Amirul.my says:

    Line digi ok, rata2 4G sebab digi coverage paling luas 4g… setakat ni puas hati dgn digi

    • Ejam Othman says:

      hampir sebulan penggunaan digi ini pun saya akui rangkaian 4G digi agak stabil kelajuannya.
      ada beberapa lokasi penting yang belum sempat untuk diuji lagi liputannya, nanti dah dapat peluang tu baru cerita semula di blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *