Mudahnya Penggunaan Google Chromecast. 

Siapa ada pakai Google Chromecast? Aku sendiri pakai gajet ini selepas timbul masalah pada kotak-langit suatu ketika dahulu, mana tidaknya nak tengok tv pun tak boleh dah sebab waktu tu estro pun dah dimatikan akaunnya. Sebagai alternatif untuk mengikuti perkembangan semasa dan menonton drama-drama maka terbelilah Google Chromecast ini.

Apps untuk mengawal Chromecast ini dinamakan Google Home boleh download terus dari Play Store.

Chromecast ada limitasi kerana tidak banyak aplikasi atau laman web yang menyokongnya. Apa yang boleh digunakan ialah iflix, Youtube dan beberapa lagi produk Google termasuklah browser Chrome.

Youtube Kids adalah aplikasi yang sangat membantu untuk menapis kandungan siaran yang sesuai untuk kanak-kanak. Dari smartphone kita boleh pilih video selamat itu untuk ditonton melalui Chromecast yang disambungkan pada tv.

Sekiranya dah bosan nak tengok video dari aplikasi terpilih sahaja boleh juga gunakan browser Chrome untuk memindahkan paparan web yang sedang dilayari ke tv kita. Sebagai contoh buka Tonton nak tengok siaran Media Prima, kita boleh paparkan 1 tab sahaja dalam sesuatu masa. Sambil tv tunjukkan paparan tab Tonton bolehlah layari laman web lain pula pada tab lain.

Sehingga hari ini aplikasi Tonton masih lagi belum menyokong Chromecast pada pemain video mereka. Kurang permintaan mungkin itu yang tidak diberikan perhatian dalam penawaran pakej mereka.

Tonton berbaloi tak untuk dilanggan? Ada tak sesiapa yang punyai langganan setahun di sana? Kandungan video mereka boleh tahan jugakan sebab koleksi drama dan filem makan tahun juga kalau nak habis ditonton.

Sekarang aku hanya ada akaun di iflix sahaja untuk tempoh langganan sehingga bulan Ogos tahun 2018 itu pun selepas terpengaruh dengan tawaran menarik beberapa bulan lepas yang mana harga langganan setahun hanya RM29.00 sahaja. Bayangkan dari RM96.00 boleh jadi RM29.00 sahaja, memang tergodalah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *