Jadi Juga Baju Kurta Yang Dijahit Sendiri.

Raya kali ini aku berjaya jahit sendiri baju kurta anak-anak dan juga aku punya. Kain aku beli secara online sahaja di Laila Textile sebab laman web tu sahaja yang aku jumpa boleh beli kain ikut meter yang kita nak. Nasib baik waktu aku nak beli kain kuning ini pihak Laila Textile tengah buat potongan harga untuk jenis kain ini. Dapatlah beli dengan harga murah sedikit.

Sebelum ini aku pernah jahit kurta untuk anak-anak tapi hanya baju sahaja tidak berseluar tapi kali ini aku jahit sepasang. Seluar adalah kelemahan aku sebab belum sempat belajar lagi cara melakar pola dan menjahit seluar, namun aku nekad mencuba juga dan akhirnya jadi juga seluar untuk kurta anak-anak. Bagi seluar aku pula buku menjahit seluar jadi panduan walaupun buku itu untuk seluar slack bukannya seluar baju melayu/kurta. Berasaskan pada panduan dalam buku itu aku olah supaya menjadi seluar baju melayu sambil berpandukan contoh seluar baju melayu yang pernah aku tempah dari tukang jahit sebelum ini.

Asas baju lelaki sudah boleh, lepas ini nak belajar baju perempuan pula jadi bolehlah jahitkan baju untuk isteriku pula. Selepas belajar menjahit barulah aku dapat bayangkan bagaimana sukarnya nak menyiapkan pakaian yang selesa dipakai. Ada satu hal lagi yang aku suka bila boleh menjahit ini dari jumlah meter kain yang ada boleh digunakan sebaik mungkin setiap inci agar tidak terbazir begitu sahaja, potong kain kosong mudahlah boleh “curi-curi” kain.

Semoga lepas ini ada rezeki lebih lagi untuk aku sambung kelas menjahit jenis pakaian lain pula.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *