Jangan Sampai Kotor Baju dan Seluar.

Pagi semalam ke Pekan Sari Temerloh untuk sarapan pagi dan beli barang sikit. Dalam perjalanan meredah lautan manusia nak sampai ke tempat sarapan memang akan bertemu dengan peniaga aiskrim bermotor, biasanya Haq akan rekues pada mamanya nak aiskrim. Sebelum ini biasa beli yang kon tunggal tapi semalam mamanya belikan jenis kon berkembar maka meriahlah aiskrim yang meleleh.

Lepas sarapan pagi ada nak tuju ke lokasi lain pula maka kenalah pastikan baju dan seluar tidak comot mahupun kotor. Papa dah bagi amaran makan elok-elok jangan sampai kotor baju. Aqil boleh pula terfikir nak makan mencangkung begitu, aku tak suruh atau arahkan ya tapi dia sendiri buat. Bila fikir balik betullah tindakkan Aqil itu sebab kedudukan begitu memang titisan aiskrim tidak akan menitis terus ke atas pakaian sebaliknya menitis ke atas permukaan jalan.

Ada ketikanya tidak terfikir kita namun bila tengok apa yang anak-anak buat ada betulnya juga.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Syakilla says:

    Haha bijak la aqil, papepon first time tengok tulis rekues dgn kon berkembar tu haha berkali kali baca baru faham hakhak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *