Nasib Baik Ada Cadar Kalis Air.

Cadar kalis air atau nama omputehnya waterproof sheet ini isteriku beli dari adik aku. Tujuan asalnya untuk ajar Daris Aqil yang dah nak masuk umur 4 tahun supaya tidur malam tidak perlu pakai lampin pakai buang lagi. Aqil hanya pakai lampin waktu malam sahaja, di siang hari dia tidak pakai dah dan sudah terbiasa dengan rutin ke tandas kalau hendak buang air kecil ataupun besar.

Memandangkan harga lampin pakai buang pun semakin mahal inilah masa yang sesuai untuk potong mana yang tidak perlu. Pada mulanya kami tidak yakin dengan kemampuan cadar kalis air ini sebab agak pelik juga bagaimana fungsinya namun bila dah tengok sendiri rupa dan keadaan fizikal cadar tersebut barulah boleh dapat gambaran bagaimana ianya berfungsi.

Permukaan atas cadar ini terdiri dari pelbagai corak-corak menarik yang mana ianya ada dari kain kapas. Di bahagian bawahnya pula ada lapisan plastik lembut yang datang bersama lapisan atas ini seterunya bertindak sebagai lapisan kalis air.

Setiap bucu cadar tersebut dilengkapi dengan getah untuk diselitkan di bawah tilam, oh ya cadar ini ada pelbagai saiz dari untuk katil bujang, katil queen dan juga katil saiz king.

Bila dibentangkan di atas tilam ianya kelihatan kemas dan menepati saiz yang dinyatakan. Ada 2 cara pakai cadar kalis air ini, ianya boleh dipasang di atas cadar biasa yang sudah terpasang pada tilam ataupun dipasang di bawah cadar biasa. Ikutlah keselesaan anda sendiri, cuba mana yang berkenan di hati.

Sekiranya anda ingin dapatkan cadar kalis air ini boleh juga hubungi saya di http://wasap.ejamothman.com dan kita boleh deal secara terus dan penghantaran boleh diposkan ke seluruh negara.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Bahrain says:

    wah,, ada ek cadar yang kalis air.. first time dengar..

  2. Amirul says:

    Laa ada rupanya yang kalis air. Tak pernah tahu pun. Perkongsian yang menark

  3. Wan Syahida says:

    Ouh cadar pun ada. Selalu tahu waterproof sheet saja. Kalau cadar ni lagi senang la sebab cover keseluruhan katil.

  4. Ikhwan says:

    Boleh kalis air kencing 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *