Raya 2017 di Melaka.

Tahun ini adalah giliran beraya di Melaka iaitu di rumah abah aku. Kesepakatan ini kami dah pakai sejak mula nikah lagi namun begitu masih ada budi bicara lagi kalau nak tukar giliran jika ada keperluan seperti yang pernah terjadi beberapa tahun lepas waktu adik ipar nak nikah.

Beraya kalau di sebelah pihak maka akan beraya di situ sahaja, bukan tak nak balik ke sana tapi jika difikirkan dan dicongak-congak semula rasa akan membuang masa di perjalanan dan semestinya bajet perlu lebih lagi. Kalau semua bajet nak habiskan waktu raya kononnya nak meriah tapi lepas itu sakit menanggung segala bajet yang lari buat apakan. Dengar orang bercakap kononnya berkira memang sakit hati tapi keluarga kita dan yang menanggungnya juga kita bukan mulut-mulut itu maka kau dengar dan abaikan jeler pandangan mereka itu.

Tahun ini kami sepakat adik-beradik untuk kenakan busana dengan tema warna kuning tapi bila tengok hari raya pertama rupanya kami sekeluarga sahaja yang kuning sedangkan yang lain lebih kepada yellow murstard…haha.

7 adik-beradik dapat berkumpul, 2 orang yang hujung belum berkeluarga namun InsyaAllah dalam masa terdekat mereka sudah merancang ke arah itu. Semakin ramailah ahli keluarga abah lepas ini, ruang nak bergambar pun kena cari ekstra lagi.

Tahun depan masing-masing akan ke rumah mertua pula, semoga adik-adik yang dekat dengan abah akan singgah beraya dengan abah dan acik juga. Beginilah kami yang hidup di perantauan jauh dari keluarga masing-masing.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *