Siapa Cakap KFC Zinger Double Down Sedap?

Beberapa hari yang lepas di garis-masa facebook aku kerap sangat orang kongsikan gambar tengah makan KFC Zinger Double Down iaitu produk terbaru daripada KFC Malaysia. Memandangkan baru dapat duit raya dan janji nak bawa Haq dan Aqil makan KFC maka pada hari Ahad iaitu semalam kami ke KFC Starmall Mentakab. Budak berdua tu beli set yang ada nasi, aku pula KFC Zinger Double Down dan isteriku beli menu McD sebab nak makan di sana bagi budak berdua tu main sambil makan.

Bila buka bungkusan nampak macam menarik dan bau sedap ialah sebab daging ayam sepenuhnya tanpa roti tapi bila dah mula menggigit aku jadi keliru dengan rasanya. Kulit luar ayam ini tepungnya originalkah? spicykah? atau masinkah? Serius aku tak faham sebab rasa pedasnya tak sampai tapi rasa masinnya terlebih.

Kalaulah KFC Starmall Mentakab yang punya rasa berbeza memang sahlah mereka tak ikut SOP untuk menu ini. Aku nak habiskan seketul ini pun kembang tekak rasa sebab masinnya terlebih pedasnya tak sampai pula. Kepingan keju tu pula macam keras, boleh dipatahkan rangup gitu.

Nampaknya kena cuba di KFC lain pula, sebelum ini memang dapat dilihat perbezaan hasil ayam kalau beli di KFC Mentakab dan KFC Starmall dari segi rasa dan saiznya. Aku tak pasti kenapa berbeza sedangkan mereka patut ikut SOP yang sama.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. penaberkala says:

    So far makan ok je. Cheese tu meleleh sebab dihidangkan panas-panas. Memang rangup di luar dan juicy di dalam. Dah makan 4 biji so far. Sedap

    • Ejam Othman says:

      Daging ayamnya memang tak dinafikan sedap jugalah sebab tidak kering sangat dan masih juicy cuma perihal tepung salutan luar yang masin terlebih itu sahaja yang meloyakan, kalau buat pedas lebih menyerlah dari masin boleh lagi dimaafkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *