Bolehkah The Bride Of Habaek Atasi Populariti Goblin?

Drama Korea terbaru yang aku cuba ikuti rapat sekarang ialah The Bride of the Water God atau tajuk lainnya The Bride of Habaek. Aku layan siaran drama ini di iflix sebab ada sarikata melayu jadi lebih mudah nak faham jalan cerita. Katanya setiap episod akan dikemaskini di dalam iflix pada hari yang sama dengan tayangannya di Korea seperti yang pernah dibuat sebelum ini untuk drama Goblin.

Nampak jalan cerita untuk beberapa episod awal ini macam menarik sebab kisah cinta fantasi yang melibatkan 2 dunia berbeza macam menarik, segala faktor logik akal boleh diabaikan untuk jenis drama sebegini. Konflik percintaan memang wajib sebab drama cintakan. Konflik yang bakal terjadi ialah antara manusia dan dewa, dewa dan dewa serta manusia dan manusia.

 

Agak-agak dalam 16 episod keseluruhan nanti aku mampu layan sampai habis atau tidak bergantung pada kekuatan jalan ceritanya. Goblin antara drama korea pertama aku layan rasanya, lepas dari itu ada beberapa lagi drama lain yang aku tertengok sebab menarik.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Bahrain says:

    layan jgak ya drama ni?…hehhe… cerita ni tak boleh beat goblin. hehe..lagi best Goblin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *