Tudung Naelofar Yang Bikin Susah.

Apabila kau dipertanggungjawabkan untuk meng-iron pakaian maka kau kenalah kuat semangat untuk menghilangkan segala kedut-kedut yang ada supaya pakaian tersebut kelihatan cantik dipakai. Tudung adalah sebahagian dari pakaian wanita yang kena tampil rapi tanpa kedut namun tahun ini isteriku terjebak dengan fenomena tudung Naelofar. Bila dah terjebak maka kenalah aku hadapi dengan tenang ketika sesi meng-iron tudung. Aku tidak pasti apa nama tudung yang ada kain bulat-bulat bertampal ini. Apa yang aku tahu tudung ini susah nak digosok pada ruang antara bulat-bulat itu.

Lepas gosok bahagian belakang kena gosok bahagian depan pula supaya kedutan hilang. Lagi sakit hati bila tengok hasil lepas gosok bahagian belakang ada pula bulat-bulat tampal itu terlipat ketika digosok, kenalah tenyeh semula bahagian itu untuk hilangkan kesan lipatan.

Nasib baiklah isteriku beli sehelai sahaja tudung cerewet begini, yang lain shawl Naelofar yang jenis lepas tanpa ada jahitan atau aksesori pelik.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Wan Syahida says:

    Hehehe. Macam-macam jenis tudung sekarang. Bertabah lah encik suami yang mithali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *