Bila Sudah Biasa Bertopang.

Redmi Note 3 aku sudah beberapa minggu pakai casing yang tidak bertopang. Sebelum ini casing bertopang sudah patah topangnya itu sebab sarung yang lain buat sementara. Hari Isnin yang lepas buka Lelong dan carilah casing yang murah-murah dan semestinya kena ada topang dibelakang. Yang kelabu itu macam casing sebelum ini yang pernah patah.

Casing hitam ini aku tertarik dengan finger ring holder yang terbina sekali dengan casing jadi tidak perlu lekat pada badan telefon lagi.

Bila telefon ada topang ini senang nak letak secara melintang bila tengah tengok video atau layan fb live yang menarik.

Siapa lagi yang sama macam aku suka pada casing bertopang begini?

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *