Cara Daftar ASB Online di MyASNB

Akhirnya barulah tergerak hati nak daftar MyASNB hari ini selepas beberapa minggu lepas kemaskini maklumat ASB di Maybank. Bila buka laman web MyASNB rasa lain rupanya mereka dah tukar design baru, nampak lebih kemas dan cerah mata memandang.

Sebelum daftar MyASNB pastikan anda telah kemaskini nombor telefon bimbit terlebih dahulu untuk tujuan keselamatan yang mana pin TAC akan dihantar beberapa kali ketika urusan pendaftaran online di MyASNB.

Tick pada ruangan setuju Terma dan Syarat.

Sila isi ruangan yang diperlukan untuk langkah awal pendaftaran MyASNB ini iaitu Jenis Kad Pengenalan, Nombor Kad Pengenalan dan juga jenis Produk ASNB yang dilanggan. Tekan seterusnya.

Sebaik sahaja maklumat tadi dimasukkan akan dipaparkan 4 nombor akhir nombor telefon bimbit yang telah dikemaskini di ASB ataupun agen mereka. Klik pada Permintaan TAC untuk mendapatkan nombor 6 angka yang akan dimasukkan di ruangan TAC tersebut dan tekan seterusnya.

Penuhkan ruangan Pendaftaran Akaun ini, sila ikuti tips yang disertakan untuk memastikan setiap maklumat mengikut ketetapan yang dibenarkan oleh sistem. Klik Tamat untuk melengkapkan proses ini. Satu paparan Kata Laluan Sementara akan dipaparkan, sila catat untuk tujuan Log Masuk kali pertama dan tukar kata laluan baru.

Sila kemaskini kata laluan anda, pastikan ianya mengikut syarat kombinasi yang dibenarkan oleh sistem supaya keselamatan akaun anda akan lebih baik lagi.

Inilah paparan di mana jenis-jenis langganan yang ada kita buat beserta jumlah unit dan nilainya sekali. Buat masa ini pengeluaran melalui MyASNB tidak boleh dilakukan hanya penambahan pelaburan sahaja dibenarkan buat masa ini.

Aku dah cuba tambah pelaburan melalui MyASNB ini, tunggu perkongsian seterusnya bagaimana untuk berbuat demikian.

Daftarlah segera MyASNB di http://www.myasnb.com.my

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

16 Responses

  1. Ikhwan says:

    Semakin mudah untuk uruskan ASB sekarang.

  2. Farah Alina says:

    Nak tanya. Siapa yang layak buka akaun ASB ni?

    • Ejam Othman says:

      Sesiapa sahaja yang pernah ada akaun Amanah Saham boleh dan diwajibkan ada akaun di MyASNB ini sebab lepas ini penyata online sahaja yang akan diberikan setiap tahun.

  3. Mus says:

    seiring dengan kemajuan teknologi..

  4. Nizam says:

    Daftar no hp tu kat mana? Kat pjbt pos boleh ke?

    • Ejam Othman says:

      Rasanya boleh sebab mereka agen ASB juga dan ada akses ke sistem.
      Tapi kalau guna no telefon yang sama tak pernah berubah boleh cuba terus daftar online, pasal no ahli yang baharu jangan risau sebab sistem online akan paparkan no akaun tersebut.

  5. akhirnya ade online…zaman dulu2 payah bebenor nak update penyata ke beratuq la jawabnya hehe

  6. fedup says:

    apa punya susah la nak daftar online ni.. aku masuk no ic x boleh pun. suh aku daftar no fon aku buat dah. call asb x angkat2. buat sistem online nak daftar pun susah.. bangang

    • Ejam Othman says:

      Alahai kesian awak hadapi masalah nak daftar.
      Takper cuba lagi tapi pastikan dalam keadaan tenang dan beri peluang sikit untuk mereka lagipun sistem ini masih baru dan banyak perlu diperbaiki.

  7. semakkini says:

    LEpas ni dah tak payah nak beratur panjang dah kat kaunter

  8. musadun says:

    memudahkan semua orang dan takde dah menunggu kat kaunter

  9. Ahmad says:

    dulu best ja ASB deviden tinggi. skrg dah rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *