Sebulan Sudah Penggunaan Digi Infinite 150.

Hari ini genaplah sebulan penggunaan Digi Infinite 150 yang aku langgan bulan lepas. Aku gunakan nombor sama yang telah aku buat ujian kelajuan data Digi dengan simkad prepaid mereka. Bila simkad dah sedia ada jadi mudahlah nak tukar ke pakej lain dan tak perlu tunggu beberapa hari untuk simkad baru sampai. Aku mula langgan sebelum tengah malam waktu itu dan lebih kurang 2 jam kemudian terus simkad prepaid bertukar ke postpaid.

Mengikut rekod modem 4G Huawei E8372 yang aku masukkan simkad Digi tersebut menunjukkan penggunaan data selama sebulan adalah 104GB sahaja, masih banyak boleh digunakan lagi sebab ianya adalah unlimited. Aku tidak boleh nak komen dari segi penggunaan panggilan mahupun sms sebab simkad ini digunakan pada modem wifi 4G sahaja tidak digunakan pada smartphone. Huawei E8372 ada fungsi untuk hantar sms, jadi kalau nak habiskan kuota 500 sms setiap bulan bolehlah hantar sms guna aplikasi modem tersebut sahaja.

2 ujian Speedtest ini menunjukkan 2 lokasi yang selalu aku gunakan sepanjang sebulan ini, pada awalnya kedua-dua lokasi memberikan bacaan kelajuan yang hampir sama namun di akhir-akhir ini kelajuan di tempat kerja menurun pula. Oh ya 2 lokasi itu ialah di rumah dan di tempat kerja aku yang jarak masing-masing hanya kurang dari 3km tapi bacaan sangat berbeza. Walaupun kelajuan berkurangan tapi ianya masih lagi laju berbanding broadband yang pernah aku pakai sebelum ini seperti Celcom, YES dan webe.

Satu perkara lagi yang menarik untuk langganan Digi Postpaid Infinite 150 ini ialah Cloud Storage Capture 100GB diberikan secara percuma. Untung banyak dah boleh buat tempat backup segala gambar yang ada dalam smartphone jadi tidaklah berat sangat dan cepat habis bateri.

Secara ringkasnya aku sangat cadangkan kepada pengguna yang mencari broadband hampir selaju unifi tetapi versi mudah alih, gunakan Digi Infinite 150 ini tapi sebelum itu uji dan kaji dulu kawasan liputan ada atau tidak.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. Suhimi Nain says:

    Berminat juga nak upgrade digi infiniti ni…, ada unlimited free call + SMS. Tapi sayang coverage Digi 110 tempat saya ni kejap ada kejap takda, 4G pun speed tak sampai 500kbps. Dalam rumah dan tak stabil. Nak streaming apatah lagi. Rugi bayar 110 setiap bulan. huhu…

    sekarang terpaksa terminate dan terikat dengan kontrak unifi lite. 🙁

    Tapi kalau coverage stabil macam Tuan Ejam, pastinya Digi pilihan yang lebih bijak!! 104GB tu! 🙂

  2. nazmi says:

    salam tuan…saya nak jadikan digi i150 ni sebagai broadband dan nak sambungkan lan port ke tv,laptop dan ps4..jika saya membeli dongle usb dan cucuk ke router,simkad internet ini akan berfungsi?

    • Ejam Othman says:

      kalau nak jadikan LAN network lebih baik beli modem router yang support 4G simkad seperti model Huawei Vodafone B3000 LTE 4G Wireless Gateway Modem Router yang ada 4 port LAN disertakan.

      • nazmi ishak says:

        harga dia yg buatkan x tahan…untuk function internet di rumah sewa…mungkin ada alternatif lain..adakah betul digi infinite 150 ni maximum 5 devices saja?

  3. kamaruddin isah says:

    Assalamu alaikum… pengalaman 3 hari guna Digi Infinite 150 Unlimited Data.. Agak tertanya2 kenapa kekadang speed laju mencanak.. tapi bila buka youtube..sangkut2.. bila buka App Speed Test… kekadang server dari Singapore, Miri… ?? Masa buat livestreaming… selalunya lepas 40 minit… speed menjunam jatuh… bila test speed lagi.. keluar message error.. Network Comunication Error… Hmm.. ni yg tak best ni.. terlalu bnyk gangguan daripada package asal Digi 80

  4. kamaruddin isah says:

    Assalamu alaikum… pengalaman 3 hari guna Digi Infinite 150 Unlimited Data.. Agak tertanya2 kenapa kekadang speed laju mencanak.. tapi bila buka youtube..sangkut2.. bila buka App Speed Test… kekadang server dari Singapore, Miri… ?? Masa buat livestreaming… selalunya lepas 40 minit… speed menjunam jatuh… bila test speed lagi.. keluar message error.. Network Comunication Error… Hmm.. ni yg tak best ni.. terlalu bnyk gangguan daripada package asal Digi 80

    • Ejam Othman says:

      simkad tu guna pada hp ker?
      saya sendiri kalau guna pada hp alami masalah sama tapi bila simkad tu dimasukkan dalam modem dan hp connect melalui wifi tersebut ianya lebih stabil dan hampir tiada masalah.

  5. kamaruddin isah says:

    ya… masuk dalam handphone Samsung… terima kasih atas info… akan cuba nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *