Keputusan Prasekolah 2018 Sudah Keluar.

Petang semalam baru perasan Tweet Kosmo ini yang mana keputusan kemasukan Prasekolah bagi tahun 2018 sudah boleh disemak secara online. Apa lagi teruslah klik link http://eprasekolah.moe.gov.my untuk semak apakah Haq dan Aqil dapat masuk ke sekolah yang telah dipilih.

Namun ternyata hampa apabila statusnya Tidak Berjaya untuk mereka dua beradik. Tidak pula dinyatakan sebab musabab permohonan tidak berjaya. Ada pilihan untuk mohon rayuan maka kenalah isi borang rayuan online tersebut.

Pada borang rayuan ada opsyen menerima atau tidak “Bersetuju ditawarkan sekolah lain yang mempunyai kekosongan”, yang mana sekolah yang kami pilih pada awalnya supaya memudahkan pergerakan kami setiap hari tapi kalau kena ke sekolah lain terpaksalah ubah aturan yang telah dirancang.

Cuba hantar rayuan dulu semoga ada rezeki anak-anak untuk ke Prasekolah tahun hadapan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. semakkini says:

    prasekolah sekarang pun kena pohon jugak ke?

    • Ejam Othman says:

      ya, untuk tengok kelayakan ibu bapa dan penjaga anak.
      keutamaan kepada yang lebih layak dan memerlukan.
      mereka yang berkemampuan bolehlah ke tadika terlebih dahulu.

  2. musadun says:

    takpe . CUba rayuan tu dulu mungkin dapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *