Promosi MILO Sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang akan membuka tirainya secara rasmi beberapa hari lagi, MILO selaku penaja acara ini tidak melepaskan peluang mempromosikan produk mereka. Apa yang menarik ingin aku kongsikan ini ialah beli 4 tin MILO 500 gram edisi KL2017 ini boleh dapat flask percuma. Bagi pengumpul koleksi barangan terhad sebegini bolehlah dapatkan sementara masih ada stok.

Harga untuk 4 tin MILO 500 gram ini hanya RM50.00 sahaja dan penghantaran adalah percuma. Harga di pasaran luar iaitu bukan online lebih kurang begitu juga harganya tapi tidak dapat flask istimewa tersebut. Flask tersebut ada 2 warna iaitu hitam dan hijau, mereka bagi secara rawak. Oh ya hampir terlupa flask tersebut boleh simpan air panas 200 ml.

Mana nak beli MILO ini? Pergi sahaja ke Lazada Malaysia sekarang, penghantaran mereka juga agak cepat.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. ooo..boleh je beli kat lazada ek..

  2. Ax says:

    mahal jugak ni. 2kg milo softpack rm30. ini bermakna flask tu rm20

  3. Wan says:

    adess dapat 2 joel-hoki tu
    sepatutnya kena kasi syakilla – karate
    baru betul. complete kesemua set

    • Ejam Othman says:

      kan, diorg bukan tak tau benda-benda bermusim ini ada peminatnya maka kenalah pertimbangkan keunikan dalam memberi yang terbaik…ini tidak…hehe

  4. mahal juga …ingatkan murah…

  5. musadun says:

    cantik bekas minuman milo tu tau..teringin pula nak beli..

  6. Mus says:

    boleh simpan sebagai koleksi tin milo ni bro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *