Modem 4G Untuk Simkad Broadband – Huawei E8372.

Mobile Internet memang suatu keperluan sekarang, pelbagai pekerjaan memerlukan akses internet apatah lagi untuk saja-saja menghabiskan masa. Pilihan dari pelbagai telko di Malaysia boleh tahan juga buat masa ini, rambang mata juga dibuatnya. Penggunaan broadband yang menggunakan simkad masih memerlukan peralatan khas untuk sambungan ke internet, selain dari masukkan simkad tersebut ke dalam smartphone anda boleh juga gunakan modem 4G.

Modem 4G Huawei E8372 – Kenapa aku pilih modem 4G dari jenis ini? Kenapa tidak beli yang jenis built-in bateri? Sebabnya ialah dari jenis usb ini ianya boleh disambungkan terus ke plug untuk sumber tenaga bagi membolehkan ianya berfungsi dan tidaklah terikat dengan limit kuasa bateri yang hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja.

Lagi satu kelebihan modem usb begini ianya boleh digunakan di dalam kereta yang mempunyai port usb, dah boleh online dengan mudah dalam kenderaan ketika dalam perjalanan.

Masalah jika tiada bekalan elektrik bukan persoalan kerana dengan adanya powerbank sudah boleh berfungsi semula modem 4G ini, dapatlah online semula.

Satu perkara lagi yang menarik tentang modem 4G ini ialah ianya turut mempunyai aplikasi pada telefon android jadi pengurusan peranti jadi lebih mudah, nak reboot hanya perlu satu klik sahaja dari jauh sudah selesai tidak perlu bangun tutup dan buka suiz.

Harga Huawei E8372 ini waktu aku beli RM220.00 dan semalam aku semak semula sudah turun sikit harganya jadi RM210.00 sahaja. Aku beli secara online sahaja dari penjual di laman web Lelong.my ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. mel says:

    salam bro. nak tanya modem Huawei E8372 ni support LTE-A?
    boleh recommend tak modem LTE-A yg padu dan efisien? thanks bro

    • Ejam Othman says:

      wsalam, rasanya macam tak support.
      kalau tak silap Vodafone B3000 support LTE-A, harga sesuai dengan spesifikasinya…hehe

      • mel says:

        ohh yeke. ok thanks bro haha. btw tmpt bro dapat 4g+ or 4g saja? tempat saya dapat 4g 3 bar tapi slow macam gprs. speedtest pun tak lebih 1mbps hahaha. tu sebab device ke coverage 4g situ

        • Ejam Othman says:

          setakat hari ini masih menten 4G 4 bar sahaja dan speedtest pun stabil.
          rasanya kawasan tu kot yang perlu perhatian telco, cuba report minta mereka siasat kenapa slow.

  2. Ax says:

    boleh guna dgn simkad digi infinite 150 x? lepas tu cucuk kat pc utk download movie.. boleh x?

  3. Shahrizal says:

    Plug n play ke kn ada pwrd ye? Sy pon bcadang utk amik ni dan pair dgn digi 150

  4. Ejam Othman says:

    Password default ada disertakan dalam manual, boleh ubah dengan apps sahaja.

    Ubah lebih baik untuk keselamatan wifi kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *