Alhamdulillah Syukur 35 Tahun Sudah.

Seperti biasa setiap kali 11 September datang bermakna bertambahlah usia setahun lagi atau orang cakap makin tua…hehe. Tiada sambutan mewah hanya sekadar ingatan tulus ikhlas dari insan-insan tersayang dalam hidup ini. Potong kek bersama anak-anak dan isteri sahaja di rumah.

Mama belikan kek red velvet untuk dimakan bersama-sama. Waktu nak potong kek Haq dan Aqil punya teruja usah ceritalah, bukan nak makan kek pun mereka tapi lebih kepada nak makan buah ceri di atas kek itu.

Uniform masing-masing baju nak tidur, aku pun berkain pelikat sahaja sebab dah nak masuk maghrib. Inilah realiti buat apa nak tukar uniform bagai semata-mata nak bergambar, sesekali tunjukkan di sebalik tabir pula…hehe

Terima kasih kepada yang menyampaikan ucapan di Facebook dan segala sosial media saya, oh ya notifikasi peringatan tarikh hari lahir di FB memang sengaja saya matikan.

Syukur kepada-Nya atas nikmat kehidupan yang diberikan selama ini bersama anak-anak dan isteri serta ahli keluarga dan juga rakan-rakan dan kenalan. Semoga kehidupan kita semakin baik dan bahagia bersama-sama insan yang tersayang.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. lisak says:

    selamat menyambut hari kelahiran 🙂 semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

  2. happy belated birthday. semoga panjang umur murah rezeki, amin

  3. titan says:

    syukur.

    dah tua dah hang eh.

    hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *