Raya Korban di Kelantan Tahun Ini.

Macam biasa seperti tahun-tahun sebelum ini penggiliran menyambut perayaan masih lagi terpakai di dalam keluarga kecil kami. Jadi tahun ini punya Raya Korban giliran pulang ke Kelantan pula sebab Raya Puasa dah balik Melaka. Agak lambat update di blog pasal raya haji ini sebab line Digi di kampung sangat teruk sekali, nak guna data Onexox pula lupa nak topup maka update mana penting dululah.

Solat sunat Aidiladha pagi raya kami berjalan kaki ke madrasah di belakang rumah mak mertua. Ya berjalan kaki sahaja sebab kawasan tersebut kecil jadi sukar untuk park kereta, bagilah orang lain pula yang lebih memerlukan. Berjaya bawa Haq dan Aqil sama untuk solat sunat Aidiladha, begitu teruja mereka nak pula ada sepupu yang lain turut sama.

Memandangkan kami sampai awal maka dapatlah pilih tempat yang lebih sesuai untuk barisan saf yang ada anak-anak kecil. Sebelum mula Haq dan Aqil masuk duit dalam tabung madrasah dulu. Sementara tunggu jemaah lain datang dan memenuhkan madrasah maka sempatlah layan perangai mereka.

Syukur sangat pagi raya dimulakan dengan solat sunat yang mana anak-anak sangat baik ketika berada di madrasah dan tidak membuat perkara yang major boleh mendatangkan pening kepala. Soalan macam biasa kenapa lepas habis solat tak boleh balik itu biasa, yeler solat sunat raya khutbahnya selepas solat jadi kena tunggu itulah yang buat mereka tidak sabar untuk balik.

Sampai rumah apalagi masa untuk makan-makan pula.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *