Sesi Soal Tak Terjawab.

Pada hari Sabtu yang lepas iaitu hari kedua Aidiladha bapa mertuaku ada korbankan seekor lembu. Kali ini Daris Aqil dapat tengok sekali lagi aktiviti korban di depan mata. Dia memang sangat teruja untuk tengok setiap langkah penyembelihan hinggalah kerja-kerja melapah daging. Aku tidak pasti dia suka tengok darah atau apa tapi yang pasti tidak pula dia pening nak pengsan bila tengok dan bau darah, baguslah kalau begini tidak takut darah.

Semangat ingin tahu Aqil kadang-kadang buat aku kelu tak tahu nak jawab apa sampaikan ada ketikanya soalan harus dijawab dengan soalan juga supaya soalan seterusnya dapat dipatahkan…hehehe. Budak banyak soalan ini memang menguji diri ini.

Apa yang dia lihat akan ditanya semula beberapa hari kemudian kalau tiba-tiba dia teringat kembali. Pernah sekali dia lihat Aqiqah kambing beberapa tahun lepas dan sampai hari ini dia masih ingat lagi kalau cerita pasal kambing.

Semangat ingin tahun ini bagus tapi perlu dipantau juga. Semoga Aqil dan abangnya Haq membesar menjadi insan yang berguna dan tidak jemu mencari ilmu pengetahuan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *