Baby Malu.

Scan 3D Pregnancy

Beberapa minggu yang lepas atau secara tepatnya minggu pertama bulan Oktober kami ke Klinik Putramedic di Temerloh untuk buat scan 3D bagi kandungan isteriku yang ketiga ini sebab utamanya untuk tengok jantina baby yang bakal lahir nanti. Bila dah tahu jantina mudahlah nak beli pakaian yang sesuai namun hampa apabila baby malu tak nak tunjuk pula.

Bayaran untuk scan 3D di klinik ini RM60 sahaja namun disebabkan baby malu maka dapatlah diskaun RM5 jadi perlu bayar RM55 sahaja.

Walaupun jantina baby tidak diketahui persediaan tetap dan harus dilakukan juga tanpa berlengah lagi kerana masa tidak menunggu kita. Semalam cuti Deepavali kami bergotong-royong basuh dan cuci pakaian serta peralatan yang bakal digunakan baby nanti.

Tidak banyak benda baru yang dibeli sebab masih ada banyak benda lama yang boleh digunakan semula seperti baju abang-abangnya yang dulu dan masih baik kondisinya.

Semoga bila sampai saat kelahirannya nanti segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *