Sedih Sangat Agaknya Bisik Pada Langit.

Malam tadi sempat juga tengok filem Bisik Pada Langit bersama isteri dan anak-anak, sebelum ini tak sempat nak tengok sebab tv sudah dikuasai oleh mereka dengan rancangan kartun habis tak sudah sejak Astro bagi saluran percuma. Babak yang agak sedih bila mana ayahnya mengajar anak mengucap sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Haq bukan main lagi berubah suara dia terus kedengaran sedih sangat bila tengok babak tersebut. Aqil tak payah tanyalah sebab dia susah sikit nak terkesan dengan benda sebegini. Bila dah tengok Haq sedih macam ini tak payahlah tegur biarkan dia mendalami emosi itu sepuasnya.

Dalam pada dia sedih tu pun aku sempat selitkan nasihat, jangan tak dengar cakap Papa dan Mama sebab kami sayang abang dan adik. Entah dia dengar ker tidak nasihat itu, takper nanti kalau dia buat hal lagi aku cuba ingatkan dia dengan memberi contoh babak sedih dalam filem itu.

Pandang akulah untuk filem Bisik Pada Langit jalan cerita macam tengok drama tv jer, pengarah terlalu fokus pada kesan dalam penghasilan filem tapi terlupa dengan jalan ceritanya. Itu sebablah jarang sekali aku tengok wayang filem melayu sebab boleh dibaca kesudahan jalan ceritanya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Thenewsia says:

    Antara wayang melayu yang best!

  2. titan says:

    aiseh.

    tak tengok lagi cite ni maa..

  3. Wan says:

    ada jugak filem melayu yg ok utk tahun 2017. ada pengajaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *