Fasa Memburu Lampin Murah Bermula.

Bila sudah ada anak kecil semula fasa mencari lampin pakai buang yang murah pasti bermula. Kelahiran anak ketiga kami di Kelantan pada 23 November yang lepas menjadi permulaan kepada fasa ini. Kebetulan waktu itu Lazada Malaysia ada buat jualan murah lampin pakai buang maka tanpa segan silu terus beli.

Pada harga RM69.90 untuk saiz Newborn boleh dapat 4 paket dengan penghantaran percuma lagi. Sangat rugi kalau diabaikan promosi tersebut bila mana memang barang keperluan. Memandangkan berada di kampung dan luar dari kawasan penghantaran maka terpaksa guna alamat tempat kerja adik ipar untuk menerima bungkusan lampin pakai buang ini.

Selepas ini bila baby dah membesar sikit kita buru saiz S pula, tapi kalau promosi datang awal sebelum waktunya boleh saja beli sebab bendanya bukan mudah rosak atau cepat tamat tempoh. Semoga murah rezeki kami sebagai ibu bapa untuk membesarkan anak-anak di zaman perbelanjaan semakin kasar ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *