Hanya Mampu Tukar Kanta Baru. 

Sudah lebih 2 tahun rasanya aku tidak tukar kaca mata dan keadaan kantanya sudah semakin teruk dengan calar halus dan calar yang kasar. Itu sedikit sebanyak mengganggu penglihatan aku. Kebetulan ada ternampak sponsored post di Facebook tentang promosi di kedai cermin mata V2 Optical Mentakab lalu aku pergi untuk tanya harga kalau tukar kanta sahaja.


Selepas 2 hari fikir panjang barulah aku buat keputusan untuk tukar kantanya sahaja dan pakai bingkai cermin mata yang lama. Isnin lepas aku pergi untuk tengok berapa power terkini dan ternyata naik lagi. Selesai buat pembayaran mereka maklumkan akan telefon semula sebaik sahaja kantanya telah diterima.

Pagi tadi mereka telefon dan sudah boleh datang untuk tukar kanta lama dengan yang baru. Waktu makan tengah hari aku pergi, dalam masa lebih kurang 30 minit proses pemasangan kanta yang baru selesai dengan jayanya. Lusa nak balik kampung jadi tidak perlu risau lagi memandu dalam gelap di malam hari sebab penglihatan sudah cerah kembali.

Bonus belum dapat dah tahu nak kena agihkan pada apa, yeler buat kanta baru ini pakai kad kredit dulu bayarnya kemudian.

Semoga panjanglah usia kaca mata ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Thenewsia says:

    Yang penting bingkai still ok, zaman sekarang mana yang leh pakai, truskan pakai, nak jimat punya pasal kn 😉

  2. titan says:

    aku ada tiga spek. semua power berbeza. tapi jarak dalam 50 aje. 250, 300 dan 350.

    syukur, tak naik lagi dah powernya.

    tapi, still leh pakai semua.

    la ni..dua spek dah patah. tinggal satu je elok.

    nak tak nak, kena ganti bingkai. cari yang murah-murah aje la jawabnya. haha..

    • Ejam Othman says:

      Sekarang ni mana yang boleh jimat kita jimat kan.
      Anak-anak nak membesar dia punya lasak agak berisiko pada parent yang pakai spek kan, patah spek tu biasalah.

  3. Anarm says:

    Biasa bila pergi kedai spek confirm akan tukar bingkai sekali. Tak pernah lagi tukar kanta saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *