Kenangan di Wad Bersalin Hospital Tanah Merah.

Pengalaman berurusan di wad bersalin Hospital Tanah Merah ada sesuatu yang baru buat kami semasa kelahiran anak ketiga. Pada musim hujan pula tu baby perlu dikeluarkan, ya perlu keluar sebab kelahiran secara czer akibat kedudukan baby sonsang. 6 hari berulang-alik dari Labok ke Tanah Merah waktu hujan sangat mencabar walaupun jarak tidak jauh tapi disebabkan keadaan basah sangat perlu ketabahan yang tinggi.


Kelahiran dalam cuaca sejuk amat membantu baby untuk bertenang dan dapat tidur lebih lena dengan sejuk yang nyaman. Pada hari pertama kelahiran memang ada kesukaran juga buat Mamanya sebab agak lewat untuk boleh makan sebab tidak buang angin, bila dah lapar susu pun kuranglah. Alhamdulillah lepas boleh makan rezeki baby untuk menyusu melimpah ruah. 


Wad bersalin Hospital Tanah Merah tidaklah ada pilihan untuk kelas pertama sebab hanya ada kelas sama rata untuk semua. Kepadatan bergantung pada keadaan, kalau banyak kes memang penuhlah katil yang ada. Pada sehari sebelum kelahiran baby memang wad ini penuh sampaikan ada yang menunggu giliran untuk mendapatkan katil tapi tak lama tempoh menunggu. 

Masalah parking di Hospital Tanah Merah memang perlukan kesabaran, jika ruangan depan penuh maka kenalah parking kereta di belakang sekali yang menyediakan lebih petak kosong. 

Pada hari Ahad selepas 4 hari kelahiran baby doktor memberikan kebenaran untuk keluar selepas berpuashati dengan keadaan anak dan ibunya. Urusan di Jabatan Hasil dan Farmasi dapat dilakukan dengan mudah sebab lokasi tersebut boleh dilalui dengan mudah dan kawasan laluannya berbumbung tidaklah basah kena hujan.

Terima kasih kepada Doktor dan Jururawat yang menjaga dan memberikan khidmat terbaik buat dua insan yang aku sayangi ini.

Oh ya ini waktu melawat Hospital Tanah Merah yang perlu anda tahu dan patuh untuk keselesaan petugas dan pelanggan hospital.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *