Alhamdulillah Bacaan Kuning Iffat Sudah Turun.

Alhamdulillah syukur, pada usia Daiyan Iffat 43 hari barulah bacaan kuningnya turun di bawah 85 seperti yang doktor inginkan. Setiap minggu Iffat dan Mamanya terpaksa pergi ke Klinik Kesihatan untuk ambil darah demi bacaan kuningnya. Kesian Mama berpantang macam tak berpantang jer jadinya.


Bila petugas makmal serahkan bacaan dari sampel darah yang diambil pagi tadi lega rasa hati syukur yang teramat sangat. Bacaan 78 di bawah bacaan yang doktor inginkan.

Lepas jumpa misi barulah tunggu giliran jumpa doktor. Lepas ini mama boleh sambung berpantang di rumah dengan tenang dan jumpa doktor bila Iffat masuk 2 bulan nanti.

Semoga Iffat membesar dengan sihat dan cergas serta tak banyak ragam.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. 09/01/2018

    […] telah dibuat untuk kurangkan kuning baby Iffat sejak dia lahir hinggalah hari ini dan akhirnya syukur Alhamdulillah ianya kembali […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *