Baik Pulih Lampu Hadapan Kereta.

Hari ini berjaya juga dapatkan khidmat pakar dalam baik pulih lampu hadapan kereta yang telah rosak akibat dari kesilapan diri sendiri juga kerana menampal tinted pada lampu. Keadaan tinted tersebut telah pun terbakar pada penjuru atas dan nak cabut juga sudah susah. Apabila kebetulan pihak AiAuto Detailing jemput like page FB mereka terus rasa nak PM untuk servis coating lampu depan.

Semalam PM dan buat temujanji untuk coating lampu kereta pada hari ini, kebetulan beliau ada urusan dengan pelanggan di kawasan sekitar pada waktu pagi jadi aku ambillah sesi petang. Proses dimulakan dengan menanggalkan tinted tersebut yang telah rosak kesan terbakar.

Proses membersihkan lebihan gam pelekat yang tinggal dan menggosok permukaan lampu dengan kertas pasir halus dibuat selepas tinted berjaya ditanggalkan.

Dah gosok dengan kertas pasir dan dikeringkan permukaan lampu tersebut barulah proses coating dibuat. Cuaca hari ini pula redup dan renyai-renyai sahaja jadi buat di kawasan berbumbung dan lepas siap tak dapat nak jemur bagi kering lebih sikit. Jadi untuk beberapa hari kita tukar pakai kereta lain pula biarkan kereta ini cukup kering lapisan coating tersebut.

Alhamdulillah keadaan lampu depan kereta sudah kembali ceria dah macam kereta baru keluar kilang rasanya walaupun lampu depan jer cantik…hehe. Terima kasih pada Encik Ashrah untuk servis datang rumah begini.

Kita mula menabung semula untuk buat lampu hadapan kereta satu lagi yang sudah hampir 8 tahun berkhidmat, mengenang jasa baiknya juga sebab tidak pernah mendatangkan masalah yang besar kepada kami.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Thenewsia says:

    Terbaiklah servis detailing, siap ada servis buat kat rumah lagi

  2. Mohd Ashrah says:

    Terima kasih atas review servis AiAuto Detailing di blog tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.