Kurangkan Kuning Bayi Dengan Herba Mandian Bayi TYT.

Pelbagai ikhtiar telah dibuat untuk kurangkan kuning baby Iffat sejak dia lahir hinggalah hari ke-43 dan akhirnya syukur Alhamdulillah ianya kembali normal.


Akhirnya yang serasi untuk turunkan bacaan kuning Iffat ialah dengan set Herbal Mandian Bayi TYT ini. Pelbagai petua dah cuba seperti ubat titis dari klinik swasta namun tidak kurang malah naik lagi adalah. Hampir kecewa juga tapi syukurlah mandian herba TYT ini memberi kesan baik.

Dalam 1 kotak ini ada 7 bungkus campuran herba, sempat pakai 6 bungkus sahaja dengan sekali mandi sehari untuk satu bungkus. Syukur sangat jumpa penawarnya, kesian baby Iffat setiap kali kena ambil darah meraung.

Alhamdulillah anak bebas kuning.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *