Unifi Mobile Masih Webe Yang Dulu.

Unifi Mobile mula menjadi sebutan minggu ini sejak dari Isnin lepas aku dah daftarkan simkad baru untuk cuba apakah kelebihan unifi mobile ini. Daftar 22.01.2018 tapi hanya pada 24.01.2018 baru boleh ambil simkad tersebut, oh ya aku pilih untuk tuntut simkad di TMpoint Mentakab jimat kos pos RM10.60.

Pada fasa awal pengenalan ini pihak unifi bagi 1 juta simkad percuma yang mana setiap nama pengguna boleh miliki maksimum 5 simkad. Selain simkad percuma dapat pula data 20gb percuma bagi setiap 1 nombor unifi mobile yang diaktifkan. Kalau rasa nak data percuma 100gb apa lagi pilih saja 5 simkad.

Unifi Mobile pengganti webe yang telah dijenamakan semula, namun begitu rangkaian kawasan liputan unifi mobile masih sama dengan webe. Kalau sebelum ini kawasan anda tak punya 4g webe maka jangan bermimpi untuk pakai unifi mobile kerana ianya berfungsi dengan baik kalau ada 4g sahaja.

Kawasan perumahan aku masih kekal dengan H+ dan ternyata unifi mobile perlahan sangat. Berbeza pula di tempat kerja aku yang hampir dengan pekan Mentakab signal unifi mobile adalah 4g.

Tengok pada ujian Speedtest ini, yang perlahan tu di kawasan rumah aku manakala yang laju tu di tempat kerja aku. Bolehlah guna kuota 20gb percuma yang dibekalkan bersama.

Habis data nanti jawabnya mnp nombor cantik ini ke onexox ler buat koleksi peribadi…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *