Renew SSM Di BSN.

Carian ringkas di Facebook bagaimana untuk renew SSM di BSN bertemu hasil tulisan abang Hasrul Hassan tentang pengalaman beliau perbaharui SSM di BSN. Bukan tak boleh pergi terus ke SSM di Temerloh tapi memandangkan kawasan itu sangatlah sukar nak dapat parking kereta melemahkan semangat untuk ke sana berurusan.

Bila sudah tahu prosedur berurusan di kaunter BSN maka tidaklah panik dan akan lebih bersedia untuk dirujuk jika ada pegawai bank yang tidak tahu prosedur lengkap. Aku buat urusan di BSN Mentakab sahaja sebab perlu masuk kerja secepat yang mungkin setelah selesai segala urusan.

Bayaran yang dikenakan hanya RM63.71 sahaja untuk tempoh pembaharuan SSM setahun. Maka MHNO Resources sahlaku setahun lagi sehingga 10 Februari 2019.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Anarm says:

    Pernah jugak renew SSM kat BSN beberapa tahun dulu. Penat tunggu giliran. BSN biasanya ramai orang.

    Sekarang lagi mudah renew guna sistem EzBiz Online. Tak payah fikir parking, tak terkejar-kejar masa masuk kerja. Duduk depan laptop je. Renew waktu malam pun boleh. Sijil SSM terus dapat. Cuma kena download dan print sendiri.

    • Ejam Othman says:

      betul ler penat tunggu tapi masalahnya BSN sini tak ramai orang cuma slow tu yang tak boleh diterima akal yang waras.

      tak ingat pula nak cuba EzBiz Online tu, kena daftar jugalah nampaknya untuk renew tahun depan punya.

  2. Ikhwan says:

    Kalau servis efektif tak mengapa, asalkan jangan line bergerak macam kura-kura.

  3. Just says:

    I dengar orang cakap dah boleh renew SSM secara online. Tapi prosesnya tidak jelas sangat.

  4. semakkini says:

    Renew SSm secara online ada tak bang? lagi mudah dan menjimatkan masa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *