Alhamdulillah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

Alhamdulillah syukur kepada-Nya atas nikmat ini. Sebelum bermulanya puasa tahun ini dapat surat suruh pergi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017, bayangkan waktu tahu tarikh majlis tersebut ketika masih bercuti peristiwa sempena kerajaan baharu. Nasib baik tiada kekangan untuk menghadiri majlis tersebut selepas cuti panjang sebelumnya.

Tahun ini merupakan tahun ke-6 aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan syukur untuk tahun ke-5 kiranya aku dipilih untuk menerima APC.

Bagi kali ini punya pemilihan APC hadiah insentif yang diberikan dalam bentuk tabungan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia. Tidak pasti kenapa mereka ubah hadiah insentif kali ini yang mana sebelum ini biasanya dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN.

Tidak mengapalah biarkan saja akaun ini kalau ada duit lebih tiap-tiap bulan kita tambah pelaburan untuk digunakan anak-anak suatu hari nanti bila mereka nak sambung belajar.

Syukur rezeki anak-anak.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Tahniah tuan. Semoga anugerah ini membuatkan lebih bersemangat mendidik anak2 bangsa

  2. napie says:

    thaniah kepada yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,bestnya siapa yang dapat surat suruh pergi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,,,

  3. titan says:

    Tahniah.

    Bukan senang tu nak dapat.

    HOho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.