-
11
Nov

EjamOthman.com
Kenali aku dengan nama ejam, panggilan biasa dari keluarga, adik-beradik mahupun kenalan. Aku hanya orang biasa, terjebak ke dalam dunia maya ini kerana minat yang terhasil ketika suatu masa dulu menyertai kursus graduan menganggur. Alhamdulillah aku bersyukur walaupun kursus tersebut nampak macam tidak berapa penting, tapi disebabkan minat aku yang tiba-tiba muncul memberikan banyak kelebihan di kemudian harinya. Berbekalkan sekeping sijil tersebutlah aku dapat peluang kerja sekarang walaupun bukan dalam bidang yang sepatutnya tapi pengetahuan itu amat berguna sekali.
Sudah banyak benda yang telah aku libatkan sejak berkenalan dengan dunia teknologi ini. Beberapa tahun selepas aku habis kursus tersebut aku bergiat aktif dalam kerja-kerja berkaitan hardware komputer dan pernah menjalankan perniagaan kecil-kecilan baikpulih komputer. Dalam pada masa yang sama juga aku terjebak dengan dunia permainan online. Pernah meluangkan banyak masa dalam membina, menjaga dan mengaktifkan diri dalam permainan Ragnarok Online Private Server. Itu dulu, dunia permainan online yang aku gila-gilakan dan sanggup buang masa. Banyak pengajaran yang aku dapat walaupun dalam permainan yang mana tidak pernah kenal siapa pemainnya.
September 2009 aku telah berubah status, dari bujang kepada suami orang. Isteriku yang tersayang juga mempunyai blognya sendiri. Aku hadiahkan domain khas kepadanya kerana minat mendalam yang ditunjukkan dalam mem-blog.
Beberapa hasil kerja yang aku masih kendalikan hingga kini ialah:
Banyak benda lagi yang aku perlu belajar lagi. Semoga kita dapat bertukar-tukar ilmu yer lepas nie.
- Published by ejam in:
- If you like this blog please take a second from your precious time and subscribe to my rss feed!



2 Responses to “About”
bila nak tambah kat “about” ni…nak kenal lebih dekat lagi tuan punya blog ni….ahakssss….
oh yeker, ok nanti tuan tanah siapkan yer, hampir2 terlupa blom siap lagi rupanya rumah baru nie.
thx coz remind me bebeh…hehe
Leave a Reply