Stiker Kenderaan Sales dan Servis Sudah Siap
Akhirnya sudah ada sebuah Hilux memakai stiker dengan design baru untuk kegunaan Sales dan Services. Kedudukan logo Farmax tersebut dijadikan standard untuk semua design lain yang berkaitan, kedudukannya mesti di tepi sebelah kiri atas. Bila ada penetapan sebegitu barulah seragam sikit imej yang dibawa.
Idea ini aku berikan kepada bos untuk beliau gunakan, Alhamdulillah hasil kerja aku sudah kelihatan...
Mendengar Taklimat PERKESO
Syarikat tempat aku bekerja ini telah mengarahkan aku mendengar taklimat di PERKESO Temerloh pada hari rabu yang lepas. Sebelum ini ketika aku bekerja di Melaka pernah juga ikuti seminar ini sebab ianya adalah keperluan bila mendaftar majikan di PERKESO. Dengarkan sahaja apa yang pegawai tersebut cuba terangkan. Diharapkan Puan Siti dapatlah perbaiki slide powerpoint yang digunakan kerana ada bahagian...
Projek 100 Bloggers Anjuran Saudara @Broframestone
Aku sedang mencuba nasib untuk turut serta menempatkan nama di dalam 100 senarai yang ditawarkan, kalau ada rezeki terpilihlah, kalau tiada tidak mengapa (padahal mengharapkan sangat-sangat untuk dapat). Sila baca maklumat di bawah untuk lebih jelas apakah “Projek 100 Bloggers“ ini.
Bro sedangkan menjalankan Projek 100 Bloggers untuk bulan ini. Hanya bulan ini sahaja. Bulan depan bro tutup
Untuk...
Pakai Dah Smart Tapi Tidur Pula
Sabtu lepas ketika aku berada di Kelantan ada pergi ke majlis kahwin saudara belah isteri. Pertama kali bawa anak kami Haq pergi rumah orang, majlis kahwin pula. Nasib baik sampai awal maka tidak ramai orang lagi dan lagipun majlis tersebut dibuat secara kecil-kecilan sahaja sebagai tanda kesyukuran. Dalam perjalanan lagi Haq sudah tidur dan sampai sahaja ke lokasi yang dituju kenalah bawa keluar...
Bila Haq Sudah Hendak Balik, Papa Yang Lebih Pula
Hujung minggu lepas operasi mengemas rumah giat dijalankan oleh aku seorang sebagai persiapan untuk menyambut kepulangan isteri dan anak kami. Tumpuan utama pada bahagian bilik dan ruang tamu rumah, bahagian lain terpaksa tangguhkan dulu kerana tidak sempat hendak dikerjakan. Target utama untuk menyiapkan bilik tidur yang selesa dan mesra anak kecil, katil bayi telah disiapkan dan segalanya telah...







Komen Terkini