
Tak Jelas Tapi Nyata...
Sumber: http://www.digi.com.my/internet/3g/pricing_58.html
Menarik bila masing-masing bersaing memberi yang terbaik kepada pengguna mereka. Aku terjumpa link nie bila di tweet oleh @mx510 di dalam tweetdeck hitam ku itu. Melabelkan dengan satu huruf tapi dengan nyata dapat diteka. Telco C (Warna Ungu), Telco M (Warna Merah) dan Telco U (Warna Jingga).
*sedang belajar update blog dengan entri ringkas sahaja, meniru gaya seorang blogger kacak Shamhardy.
6 com

Niagakit Produk Flarebiz
Team Flarebiz yang terkenal dengan produk mereka Niagakit bakal muncul dengan produk baru. Malam tadi ketika sedang buat jalan-jalan cyber aku temui petunjuk akan produk baru mereka yang akan muncul di pasaran nanti.
Ada beberapa perkara yang aku boleh kaitkan dengan nama produk terbaru mereka “MiniNiaga” ini, iaitu:-
- MiniNiaga itu sendiri membawa makna mini, kemungkinan besar untuk pengusaha atau mereka-mereka yang baru ada satu produk sahaja untuk dipasarkan melalui medium online.
- MiniNiaga juga mungkin membawa makna pakej lebih murah berbanding pakej Niagakit yang mungkin agak mahal bagi orang yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia pemasaran produk online.
- MiniNiaga juga mungkin boleh digunakan untuk menjual produk digital yang berkonsepkan jualan E-Book yang mana kerja-kerja belakang tabir pengurusan pesanan dan tempahan akan lebih tersusun dan memudahkan, dapat mengurangkan rungutan lewat sampai E-Book yang telah dibeli.
- MiniNiaga mungkin juga dalam bentuk paparan News Letter macam kebiasaan digunakan oleh Mini Sites iaitu kena scroll dari atas sampai bawah untuk dapatkan penerangan dan info lanjut.
- MiniNiaga juga mungkin lebih ringan untuk diakses dan loading mungkin makan masa yang lebih singkat.
- MiniNiaga mungkin juga dijadikan lebih mudah untuk di edit agar dapat disusun seperti Mini Sites.
Aku rasa itu saja beberapa kemungkinan yang aku dapat fikirkan untuk produk terbaru mereka itu. Sama-samalah kita nantikan kemunculan sebenar produk tersebut. Jangan lupa support produk hasil anak tempatan. Semoga sukses team Flarebiz.
*ini semua spekulasi yang aku fikir berdasarkan dari penemuan domain MiniNiaga.com tersebut.
**berdasarkan entry di MajalahIM.com mungkin MiniNiaga ini “Harga untuk sistem ini adalah sekitar RM150 sahaja apabila official launch nanti“.
18 com

AIM ke-17
Apa itu AIM17? Entah ler tak dapat nak tengok pun. Nak tengok kat tv memang tak dapat sebab rumah aku tak pakai astro. Berbekalkan antena dalaman signal NTV7 tak mampu nak dicapai. Jadi berbekalkan streamyx dengan harapan nak tengok juga ler AIM17 dengan Live Streaming, tapi cukup mengecewakan. Ayat-ayat manis terpapar indah di browser “the stream is currently unavailable, please try again later”. Sangat manis ayat itu. Later or never jeler jawabnya.
Harap-harap team Live Streaming AIM17 ambil iktibar dari permasalahan yang timbul nie semoga next time tiada lagi ayat-ayat manis dipaparkan untuk tatapan penonton. Read the rest of this entry…

8 com