Tidak Ambil Iktibar, Adakah Perlu Terjadi Baru Hendak Sedar Diri?
Meninggalkan anak berseorang dalam kereta. Adakah ini sesuatu yang orang kita suka sangat buat tanpa fikir kesan atau akibatnya? Cuba anda lihat gambar di atas, kereta tersebut kosong tiada orang dewasa yang lain. Hanya ada seorang budak kecil. Bapanya pergi masuk bank untuk ambil duit di ATM. Boleh pula tinggalkan begitu sahaja.
Memandangkan waktu pagi tidak ramai orang mungkin abah budak ini ambil...
Hargai Bakat Tanpa Ambil Kira Status
Mari berfikir sejenak tentang sesuatu, iaitu BAKAT. Jika tidak boleh nampak gambar di atas, ini aku tulis semula tweet daripada @ShihaMentor “Jika ikhlas meminati seseorang artis,kita xkan kisah,samada dia solo,dh tunang,or dh kawen cz kita hargai bakat beliau..am I rite?”
Apa kata anda? Betulkah bakat lebih penting daripada status? Bagi aku hanya lagu yang sedap didengar sahaja yang...
Ketika Cinta Bertasbih 2.
Apa yang aku tunggukan telah muncul, apa yang ingin aku ketahui telah terjawab. Segalanya membuka mata aku, semoga mata hati juga terbuka juga. Filem Indonesia yang aku rasakan benar-benar membawa pengertian dan cukup baik untuk ditonton, lengkap dengan ciri-ciri Islam yang indah.
Berceritakan tentang Cinta, Persahabatan, Perkahwinan dan Kekeluargaan.
Share
Rancangan dan Cadangan.
Manusia merancang selebihnya Tuhan yang menentukan. Aku terima setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh-Nya kepadaku. Tetapi aku tidak boleh terima bila perancangan aku dipersalahkan tanpa ada perbincangan terlebih dahulu. Ok nak bagi jelas lagi keadaannya macam nie. Aku sudah merancang sesuatu, aku dah nyatakan hasrat itu secara jelas dan terang. Bila aku nak laksanakan perancangan aku tu baru...
Gembirakan Dia, Ukirkan Senyuman.
Ketika seseorang yang kita sayang berhadapan dengan tekanan kita hadapinya dengan senyuman. Buatkan dia gembira sedikit pun sudah mencukupi kerana yang pasti kita juga akan mendapat manfaat darinya. Tindakan merupakan satu keperluan tetapi jangan dilupakan kesesuaian dengan keadaan. Tindakan yang minima tetapi kesan maksima merupakan kaedah terbaik.
Share







Komen Terkini