EjamOthman.com » flarebiz

Mini Seminar – Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal.
Mini Seminar - Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal.

Buat pertama kalinya aku menghadiri seminar sebegini yang berkonsepkan perniagaan. Sebelum ini aku pernah menghadiri seminar berkaitan smart blogging anjuran rohaizad.com. Berbalik kepada cerita asal, sepatutnya mini seminar ini aku harus hadir pada malam ahad 31.01.2010 tapi disebabkan masalah kesihatan aku tidak dapat hadir. Kononnya hendak menghadiri bersama isteri mendengar seminar ini, tapi apakan daya masalah kesihatan yang tiba-tiba datang menjengah kami. Berjaya menangguhkan seminar ini dari 31.01.10 kepada 02.02.10 atas budi bicara pihak penganjur walaupun agak menyakitkan hati bila sms penagguhan kehadiran aku ke mini seminar ini tidak dijawab.

Nasihat ikhlas kepada penganjur, jika dua orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan seminar dan pendaftaran peserta pastikan dia mampu untuk berbuat demikian. Pastikan bahagian pengurusan tidak melibatkan orang yang akan memberikan seminar, ini kerana pasti akan jadi kacau bilau seperti yang terjadi sebelum ini kepada aku. Mereka yang menguruskan bukanlah mereka yang menyampaikan seminar. Pengurusan mestilah bertanggungjawab terhadap pendaftaran peserta dan maklum balas segera perlulah dipertingkatkan lagi. Jangan diulang lagi panggilan jam 11.30 malam (01.02.2010) yang terjadi kepada aku untuk menyatakan nama aku telah dimasukkan dalam senarai, waktu itu adalah tidak sesuai lagi untuk dihubungi sepatutnya kerana beza masa aku sms mereka pada jam 10.30 malam (SMS ke Zhafran) dan menerima panggilan dari orang lain pula selepas 1 jam 30 minit. Jangan anggap aku pandai cakap orang bila ganggu lewat malam, ini sms kedua aku send kepada penganjur selepas sms pertama kepada Adly jam 8.27 malam tidak berbalas yang mana aku tunggu dengan sabar 2 jam namun tiada berbalas.

Ok cukup cerita tentang masalah pengurusan mini seminar ini. Hari yang dijanjikan aku menghadiri seminar dengan semangat untuk mengetahui maklumat menarik. Selepas solat maghrib aku bertolak dari rumah Makcu aku di Selayang. Jam 7.30 malam bertolak dengan harapan sampai awal 10 minit seperti yang diharapkan pihak penganjur. Aku mampu berbuat demikian, namun aku kecewa apabila tiada seorang pun daripada pihak penganjur di lokasi yang dijanjikan, beberapa minit selepas itu baru nampak seorang, Adly kemudian Rizal pula. Pintu masih lagi berkunci walaupun telah ada lebih kurang 6 orang peserta seminar yang telah hadir. Tunggu dengan sabar untuk kami masuk ke tempat seminar.

Aku teruskan cerita ke bahagian berlangsungnya mini seminar ini. Pengenalan yang tidak berapa elok, penganjur memperkenalkan diri yang mana terlibat dalam penyampaian ialah Adly dan Zhafran, Rizal Razak sebagai pengacara. Penyampai tidak menampilkan diri di hadapan peserta seharusnya, bahkan kami peserta terpaksa memandang ke sisi kanan kami tempat lepak mereka di mana Zhafran duduk disitu. Adakah patut begitu? Fikirkan dan tambahbaik.

Penyampaian Adly ok ler tapi masih ada sesuatu yang aku perlu nyatakan di sini. Kurangkan pergerakan yang tidak perlu, sakit mata aku memandang dan mengejar pergerakan itu. Hadkan pergerakan yang perlu sahaja. Aku perlukan interaksi mata untuk memastikan maklumat sampai. Disebabkan mata aku letih mengejar, maka rasanya tidak banyak input yang aku perolehi. Contoh-contoh yang diberikan oleh Adly amat membantu, aku suka dengan konsep berkongsi ilmu yang digunakan. Terima kasih.

Penyampaian Zhafran pula perlu sangat-sangat diperbaiki kerana nampak jelas dia gugup, dinyatakan sendiri oleh tuan punya badan bahawa dia gemuruh kerana adanya kehadiran otai IM di belakang. Baguslah kehadiran mereka sebagai tanda sokongan tapi kalau dah mengganggu penyampaian adalah lebih baik tidak perlu kehadiran mereka. Lagi satu yang mengecewakan, penyampaian di hadapan, peserta mendengar dan memberikan tumpuan, mereka di belakang sembang-sembang pula tanpa ada rasa serba salah mengganggu tumpuan aku. Peserta lain terganggu atau tidak rasanya tidaklah aku tahu tapi dari tindakbalas mendiamkan diri bila cuba ditanya oleh Zhafran rasanya mereka juga terganggu. Nampak jelas apa yang mereka cuba fahamkan diganggu gugat oleh suasana bising itu. Tolong atasinya, hormati majlis dan pesertanya.

Mini Seminar - Sesi minum dan makan selepas tamat seminar.

Rumusan tentang mini seminar ini baik, aku dapatlah beberapa info baru dan menarik yang diberikan. Kata mini dengan bayaran pun mini jer RM10 untuk 2 jam memang ok ler. Perkongsian yang padat dan ringkas, perbaiki teguran di atas untuk memantapkan lagi diri kerana mereka masih muda lagi dan panjang lagi perjalanan. Aku hanya berkongsi apa yang aku rasa, tiada niat nak menunjuk pandai kerana aku sedar diri yang aku juga punya kelemahan. Aku tegur sebagai abang jer, selebihnya sendiri nilai dan perbaiki kekurangan.

Kepada mereka yang ingin menghadiri mini seminar ini bolehlah merujuk kepada laman web mereka di http://www.niagakit.com/mini-seminar/ daftarlah segera. Baru sebentar tadi aku lihat sudah ada tambahan tarikh baru iaitu pada 06.02.10 dan 07.02.10 dengan masa yang sama jam 8 malam hingga 10 malam. Rebutlah peluang ini.

Sekian sahaja coretan ini.

*Maaf jika terlebih kata dalam entri ini, tidak berniat menjatuhkan tapi hanya menolong untuk memantapkan.

**Terima kasih kepada blogger RajaKamil.biz yang sudi bersembang dengan aku.