
Percubaan Pengiklanan PERCUMA.
Pengiklanan PERCUMA di OhMelaka.com
Saya selaku pemilik OhMelaka.com dengan ini sedang dalam proses percubaan untuk menyediakan ruangan iklan di blog tersebut, buat permulaan pemberian tapak PERCUMA dibuat. Memandangkan blog ini tidaklah sehebat mana namun ianya dapat memberi kesan positif kepada pengiklan PERCUMA kami. Terbuka kepada sesiapa sahaja, tapi pastikan iklan tersebut bersaiz banner 125×125 dan disahkan membawa kepada lokasi yang sihat. Unsur-unsur MLM dan segala bagai klik-klik dapat duit dan unsur-unsur kelucahan tidak dibenarkan.
Permohonan anda hendaklah di emailkan kepada me@ohmelaka.com dan nyatakan link banner anda serta link yang ingin dituju.
Sekian, terima kasih.
11 com

Oh!Melaka.com - Macam-macam Cerita.
Oh!Melaka.com
Projek terbaru yang sedang aku jalankan ini bertujuan untuk mempopularkan nama Melaka yang sememangnya semua orang tahu sedia popular. Konsep penceritaan blog ini lebih kepada “bercerita dengan gambar”. Seboleh-bolehnya setiap entri akan dipastikan mempunyai gambar yang berkaitan dan menarik.
Oh!Melaka akan memaparkan pelbagai perkara yang terdapat di sekitar Melaka, tidak kira apa bentuk akan cuba dimuatkan selagi ianya menarik dan sesuai dikongsikan. Cadangan dibuka andai ada buah fikiran yang ingin disampaikan sepanjang masa OhMelaka.com beroperasi, aku terima dengan email terbuka.
Nantikan ianya beroperasi secara sepenuhnya selepas kerja-kerja belakang tabir siap dijalankan. Operasi mengumpul bahan-bahan penulisan juga sedang giat dijalankan.
Sekian, terima kasih.

7 com