Setelah Sekian Lama Tidak Berjumpa, Akhirnya Kita Bertentang Mata

Mata...Take Care Garnier

Pada malam 07.08.2010 aku berkesempatan pergi ke Alor Gajah semata-mata untuk berjumpa dengan dia, kebetulan dia turun ke Melaka. Jadi aku tak nak lepaskan peluang ini lagipun sudah agak lama tidak bertentang mata. Kalau tidak silap kali terakhir berjumpa sekitar tahun 2007.

Ini bukan skandal saya yer tapi dia ialah Heliza Helmi yang mempunyai mata cantik tu…

Heliza sedang bersiap sedia untuk menjadi juri pertandingan kara-okey

Tak lepas peluang bergambar bersama...

Terima kasih Heliza kerana sudi bergambar dengan saya. Kak Zeq manager Heliza masih mengenali wajah aku walaupun setelah agak lama aku tidak aktifkan diri dengan program anjuran mereka. Selepas aku diperkenalkan Kak Zeq kepada Heliza maka tak lepaskan peluang untuk ambil gambar.

Model Garnier - Take Care...

Lepas habis jer program yang melibatkan Heliza kami semua pergi minum-minum dan makan-makan, dibelanja oleh Heliza. Aku diminta mencadangkan tempat makan. Ternyata tempat yang aku cadangkan telah berubah pihak pengurusannya. Minta maaf sangat-sangat yer Heliza kerana bawa ke kedai yang servis teruk gila, nak ambil order pun makan masa lebih 30 minit selepas kami semua duduk.

Hanya Heliza jer yang makan malam tu, dia makan mee hailam, tak tau ler sedap ker tidak. Orang lain minum dan tengok jer dia makan, sampai malu-malu dibuatnya. Sementara menunggu minuman sampai sempat juga Heliza bermain soal jawab Kimia dengan meja sebelah yang merupakan budak-budak sekolah rasanya. Teka-teki pasal ikan pun boleh jadi bahan sementara menunggu hidangan dia sampai. Seronok sembang-sembang dengan Heliza, kebetulan dia sebelah aku jer…oh tidak, jangan marah yer isteriku Norsaritanaini kerana kami tidak berdating berdua sahaja sebaliknya beramai-ramai.

Jam menghampiri 12 tengah malam, semuanya berangkat pulang. Satu kenangan yang manis untuk aku, akhirnya dapat berjumpa semula depan-depan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

46 Responses

  1. Amir Izzat says:

    salam..wow! bestnye..lain kali bawalah amir sekali..hehe..gurau je..

    cantik gak mata dia ek? hehe

    • ejam says:

      aku pun dah kelewatan time sampai, xsempat nak dengan heliza menyanyi pun…
      tapi puas hati dapat sembang panjang dengan dia…

  2. zool says:

    Wah heliza tu.. tak call pun.. leh aku jumpa ..
    huhuhuhuhu..
    merahnya pipi dia

  3. wazy says:

    wahh best dapat jumpa heliza bro

  4. amboi2…duduk sebelah2 lagi yer…mentang2 la si isteri jauh di mata…nak kena ni….

  5. shima says:

    heliza sangat cantik kan.x tergoda ke??hehe

  6. syah neizam says:

    hehehe…. pasal ikan pn boley di jdik kn topik prbualan yg panjang lebar…. hehe….

  7. syahirul says:

    jeles.. gyahhahahahahha… kecik aje dia eh..

  8. paeh says:

    dia orang ipoh woiii. huhu

  9. x-po says:

    aku nak cari bini yg cam dia la hehe

  10. luth textile says:

    alah.. tak jumpa dia tu jumpa ejam pon ok gak apa.. ahahah

    • ejam says:

      ku sedar diri ini, aku hanya lah insan biasa, tapi aku…ada harga diri…walaupun…
      eh tetiba rasa nk karak-hokey plak…haha

  11. zik says:

    phyuiiyo.. jeles gituew… hek2

  12. Khai says:

    Aiseh.. kalau jumpa dia lagi, ckp khai Oh! Artis kirim salam ye.. huhu..

  13. Ali ridha says:

    pelik la.pandangan apa tu.klu blh
    aku pon buat gak.dialog dlm filem
    adnan sempit………..

  14. Sumijelly says:

    testing…dr rumah…

    tinggi x heliza tu?? suara die merdu x?? sbb selalu dgr dlm tv takut lagi halus suara dia..hehehehe

    comelkan dia?? suka tgk wajah dia..sgt putih….

    **x tahu kenapa x leh komen kat opis…geram la…huhuhuhu

    • ejam says:

      hoyeh hoyeh…berjaya juga komen ke blog picisan sy ini…
      heliza tak tinggi, kiut jer, tgk pd pic di atas level2 boleh landing kat bahu jer *kompom org aku marah*…
      suara dia sama mcm kat dlm tv, suka sembang2 dengan dia…

  15. afzai.nizam says:

    Salam ramadan Al Mubarak..

    Ramadan bulan yg mulia..
    Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami… Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda…

  16. mrnamie says:

    best jugak jmpa artis-artis ni.. waktu ni ada apa bro? macam ada event-event besar je.

  17. titan says:

    hoho..bestnya dapat jumpa heliza nih..

  18. PutraMalaya says:

    pergh heliza misbun ku..hahaha

  19. atokk says:

    mata dia memang cantik..hahaha..aku dah jumpa gak heliza nie

  20. alif says:

    Salam..1st time blogwalking ke blog bro ejam..

    Wah!! jelesnya sy..sy salah seorang peminatnya.hukhuk..nati sampaikan salam kalau jumpa dia.. 😛

  21. mijie says:

    syoknya dapat jumpa artis, huhuhu dah lama tak jumpa artis

  22. Mama Murai says:

    salam tuan tanah.. 1st time merayau kat cnie… erk kes minat sesangat dgn heliza lah nie kan? heliza watpe kat melaka 🙂

    • ejam says:

      minat biasa2 jer, kebetulan heliza dijemput oleh SKMM utk majlis mereka di Alor Gajah Melaka…

  23. sayacomel says:

    wahh..galaknya mata. hehe..

  24. irhan says:

    I like lenovo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *