Haq Mesti Tidur Awal Bila Hari Isnin

Gaya tidur yang pelbagai, berselimut sebab sekarang musim hujan.

Setiap hari Isnin bila petang mama dia ambil dari rumah pengasuh mesti Haq kelihatan keletihan. Kebiasaan hari pertama ialah dia akan banyak main sampai tidur pun kurang, stok susu pun banyak yang berbaki.

Pipi Haq dah kurang gebu sekarang, tapi menggigit adalah kegemarannya.

Bila malamnya lepas siap-siap mandi dan sebelum Isyak lagi biasanya Haq akan tidur lepas menyusu. Sudah menjadi perkara yang biasa dihadapi oleh kami. Sekarang ni sudah hendak masuk 9 bulan usianya, tahap kelasakan memang terbaik dalam kategorinya. Aksi memanjat dan berpaut secara bebas tanpa menghiraukan bahaya adalah aktiviti kesukaannya sekarang. Sangatlah merisaukan papa dan mamanya.

Semoga Haq sihat dan selamat sepanjang masa.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.