Pernah Main Tembak-tembak Dengan Pistol Terung Pipit Tak?

Pistol Kampung kata Ayah Raushan.

Pistol Kampung kata Ayah Raushan.

Seronok pula bila terjebak dalam perbincangan maya tentang projek Ayah Raushan untuk anak-anak lelakinya. Cuba tengok blue print senjata yang cuba dihasilkan itu, bukan jenayah pun kalau ianya berjaya dihasilkan..hehe. Gambar itu mengingatkan aku saat bermain permainan serupa di Kem Terendak Melaka waktu kecil dahulu. Aku sempat tinggal dalam kem tu sehingga umur 12 tahun sebelum berpindah ke Kuala Lumpur ikut ayah aku posting ke sana.

Tempat kami berkubu bila main pistol ini biasanya di bawah pokok Ru yang ada buah kering serupa bentuknya macam durian. Peluru itulah yang selalu kami gunakan bila berjaya menawan kubu itu, jika tidak terung pipitlah digunakan sebagai peluru utama dalam proses peperangan menawan kawasan bekalan peluru terbaik itu.

Betul-betul nostalgia bila diingatkan balik. Tengok tu aku sempat snap gambar gelang getah yang aku ikat sendiri kat makmal ini. Kakak senior di sini pun pelik juga kenapa tetiba aku ambil gelang getah, punyalah semangat nak jelaskan fakta aku tu…hehe

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

12 Responses

  1. Mus says:

    mainan ni.. anak-anak sekarang tak tau dah.. tinggal kenangan

  2. topo says:

    aku dulu main letup2 peluru kulit dokong masuk dalam batang pen je haha tak tau nama apa

  3. Hafizul says:

    Perghhh dah lama tak buat ini pistol…hehe..biasa buat senapang jer…haha

  4. Anuar says:

    Pernah.. Masa muda-muda dulu… hahaha.. Memang best..

  5. wazy says:

    Zaman kanak-kanak dulu ni la permainan paling seronok

  6. titan says:

    gua pernah tertembak kawan perempuan masa sekolah dulu..habis nangis budak tu dibuatnya. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *