Iklankan Perniagaan Dalam Surat Khabar.

image

Iklan selit-selit.

Iklan dalam surat khabar yang cuba aku sampaikan ini ialah iklan selit flyers sahaja bukannya iklan bercetak dalam halaman akhbar tersebut. Mana mampu nak beli ruang iklan dalam akhbar (buat masa sekarang) yang berpuluh ribu harganya itu. Kita mulakan dengan yang kecil-kecil dahulu semoga hasil yang terkumpul dapatlah pancing yang lebih besar lagi.

image

Semoga ada hasilnya.

Pagi ini aku singgah kedai yang sama semata-mata untuk pastikan mereka benar-benar amanah bila terima duit iklan yang kami berikan. Ternyata flyers kami ada diselitkan seperti janji lisan semalam, terima kasih.

Hari ini ada kawan beritahu kedai lain yang lebih menarik kadar jualan surat khabarnya. Nanti nak singgah tanya berapa pula kadaran mereka. Nampaknya kena cetak flyers tambahan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

14 Responses

  1. Anarm says:

    Memang berkesan jugak guna cara macam ni.. Kos dia pun lebih murah berbanding tempah ruang iklan dalam surat khabar yg harga RM ribu2..

    Semoga berjaya.. *like*

    • Ejam Othman says:

      Bila orang sibuk iklan online kita kembali ke iklan cara”lama” mana tau impaknya lebih boomm 🙂

  2. Anuar says:

    Good Luck Bro.. Semoga berhasil meletakkan iklan di surat Khabar… 😉

  3. reezluv says:

    aku ada tanya org yang hantar paper ke opis aku ni. 5 sen satu flyers dia caj..hoho..bila agaknya aku nak buat..macam best je kan

  4. murah dah kalau macam tu.boleh try macam ni.hehe

  5. luthfi says:

    semoga bisa sukses,,

  6. Nadzri says:

    Salam Tuan,

    Boleh share contact number servis selit flyers dalam suratkhabar.

    Thanks

    • Ejam Othman says:

      salam.
      servis ini bukan berpusat, ianya mengikut kedai.
      apa yang perlu dibuat ialah cari kedai2 yang jual majalah dan surat khabar dan tanya adakah mereka terima selit2 flyer dalam akhbar.
      tanda harga yang biasa saya jumpa setakat ini ialah 5sen sehelai.

      harap ini membantu.

  7. Azuan says:

    Salam.. saya juga terfikir juga cara ni… 5 sen pd saya amat berbaloi.. tp kena tgk jgk kedai dari segi kelarisan jualan akhbar..masa yg tepat utk pengiklanan cara flyers ni..

  8. Farz says:

    saya nak iklan kan dekat blog ni.. camne procedure?

  9. muhd azim bin abu hassan sha'ari says:

    boleh saya tahu bagaimana proses untuk buat iklan mcm ni?klau ade no contact person in charge bahagian iklan mcm ni lagi elok.terima kasih

    • Ejam Othman says:

      Salam,

      Cari sahaja kedai pengedar surat khabar di kawasan anda dan tanya mereka adakah disediakan servis begini, cara itu sahaja yang saya gunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *