Cuti Sekolah Habiskan Masa di Melaka Wonderland.

image

Melaka Wonderland Theme Park & Resort ini sudah lama dibuka tapi kami sekeluarga baru dapat pergi semalam. Sejak dah beberapa tahun keluar dari Melaka ni memang banyak benda baru yang tumbuh dan muncul di Melaka sampaikan “semak” dah aku tengok sebab terlalu padat. Bila banyak pembangunan trafik pula semakin sesak memang rasa sakit hati bila di jalanraya.

image

image

Berbalik semula kepada cerita Melaka Wonderland semalam. Sampai ke lokasi sekitar jam 11.30pagi dan parking yang masuk RM5 tu pun dah hampir penuh kereta. Dapat juga kawasan berhampiran pintu masuk senang nak angkut barang-barang dan bawa anak-anak.

image

Sesudah dapat tiket terus masuk, siap naik trem untuk ke kawasan kolam dapat jimatkan masa berjalan bawa anak dan barang-barang yang banyak. Lokasi kami sekeluarga dan keluarga adik aku lepak adalah di kolam kanak-kanak sahaja. Tak pergi ke bahagian lain pun, apa boleh buat anak kecil lagi maka layanlah anak sendiri.

image

Tiket masuk dewasa RM15.00 untuk taman tema air begini aku rasakan masih ok lagi cuma perlu ditambahbaik kemudahan saja. Antaranya ialah penggunaan khemah kahwin di tepi kolam untuk kawasan berteduh pengunjung agak tidak menarik. Pihak pengurusan dah patut bina kawasan berbumbung dengan konsep bumbung canvas yang tinggi agar kawasan teduh lebih luas dan lebih selesa.

Bila ada kawasan berbumbung tanpa meja dan kerusi plastik pun tidak mengapa kerana pengunjung boleh duduk lepak santai dengan keluarga, sediakan kerusi dan meja sebagai opsyen sahaja.

Kawasan Melaka Wonderland ini masih lagi panas, penanaman pokok mesti ditambah secepatnya.

Walaupun hanya beberapa jam sahaja dihabiskan dengan anak-anak ketika cuti sekolah ini rasanya sudah cukup buat mereka asalkan ada benda menarik buat mereka hilangkan kebosanan. Nanti kita pergi taman tema air yang lain pula ya. Mari menabung mulai sekarang untuk target seterusnya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Yeayyyy…gold coast morib!!!!

  2. Sakan bro berjimba dan berselfie. Hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.