Berendam di Kolam Putera Valley Tanah Merah Kelantan.

kolam-putera-valley-tanah-merah-kelantan (8)

Pada hari Ahad yang lepas kami rombongan 2 kereta dari Labok menuju ke Tanah Merah selepas Zohor dengan tujuan yang satu iaitu berendam di Kolam Putera Valley Resort & Training Centre. Lokasinya betul-betul di tepi sungai Kelantan (eh betulkah itu sungai Kelantan?) yang mana simpang masuknya selepas sahaja melepasi jambatan. Syukur sangat hari tersebut cuaca baik tidak hujan lebat walaupun ada sedikit hujan renyai-renyai buat seketika tapi ianya tidak mematahkan semangat anak-anak kecil untuk berendam.

kolam-putera-valley-tanah-merah-kelantan (1)

Kadar bayaran yang dikenakan untuk masuk hanyalah RM10.00 untuk dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah hanya RM5.00, manakala bagi baby adalah percuma. Tidak perlu risau jika ada yang datang untuk menjadi teman atau penjaga kerana bayaran tidak dikenakan. Sekiranya didapati main air tapi tidak bayar tiket janganlah salahkan pengurusan jika ditegur.

kolam-putera-valley-tanah-merah-kelantan (2)

kolam-putera-valley-tanah-merah-kelantan (4)

kolam-putera-valley-tanah-merah-kelantan (3)

Terdapat 2 kolam di sini yang mana paling belakang adalah untuk kanak-kanak dan di hadapannya pula ialah untuk dewasa ataupun mereka yang mampu berenang di kawasan air dalam. Tidak pasti pula ada pegawai penyelamat atau tidak kerana tidak dapat dibezakan mana staf syarikat mana pengunjung. Sebaiknya biarlah ada identiti yang boleh dibezakan agar mudah dalam situasi di luar jangkaan.

kolam-putera-valley-tanah-merah-kelantan (5)

kolam-putera-valley-tanah-merah-kelantan (6)

Aqil dan Haq bukan main seronok dapat main air, sepupunya yang lain tidak kurang bezanya berendam sampai kecut-kecut jari tangan dan kaki. Sekeliling kolam ini terdapat resort yang disewakan kepada pengunjung. Ketika masuk akan nampak sebuah bangunan besar yang masih dalam pembinaan, kelihatan seperti istana rekabentuknya. Jika tidak silap itu merupakan hotel jika siap kelak. Bersebelahan tapak resort dan hotel terdapat kawasan untuk aktiviti latihan dalam berkumpulan bagi organisasi yang berminat untuk menganjurkan kursus bina diri mahupun kursus berkaitan.

kolam-putera-valley-tanah-merah-kelantan (7)

Oh ya sebelum terlupa kawasan lantai di tepi kolam ini terdapat kemasan jubin lantai yang licin sekiranya basah. Kejadian pengunjung jatuh terduduk adalah “biasa” nampaknya pada hari tersebut. Walaupun begitu jangan sampai terjadi kemalangan besar pula, ya mereka ada meletakkan simbol “lantai licin” tapi setakat manalah kanak-kanak faham akan amaran tersebut. Aku ada mengajukan masalah tersebut pada seorang staf mereka yang pada hari itu memakan seluar dan topi celoreng askar. Dia maklumkan pihak pengurusan memang akan menutup sementara kolam itu untuk kerja-kerja pemulihan kerana terdapat lantai kolam yang tercabut jubinnya. Semoga lantai di tepi kolam juga diperbaiki demi keselamatan pengunjung.

Nampaknya sudah ada daya tarikan terbaru di Kelantan, lepas ini kalau balik kampung lagi dah tahu mana nak tuju untuk habiskan waktu bercuti. Kalau siap hotel mereka tu nanti boleh cuba semalam dua penginapannya.

Maklumat lanjut boleh ke Facebook Putera Valley Resort & Training Centre.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Sync says:

    terapi yang baik untuk legakan tekanan otak dan badan 🙂

  2. budak setiu says:

    info yg menarik dan bermanfaat. salam perkenalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *